Friday, December 2, 2011

Jom Muhasabah : Hulurkan Tangan, Ringankan Beban


Post pertama Disember 2011 dan sempena maal hijrah yang baru kita sambut beberapa hari lepas, marilah sama2 hijrahkan rohani ke arah yang lebih baik. Buat kali pertama aku coretkan kisah sendiri dalam ruang Jom Muhasabah ni dan serasanya, inilah artikel pertama tulisan aku sendiri yang berunsurkan agama. Semoga beroleh sedikit manfaat dari pengalaman benar ini.
Tadi, masa aku sampai di rumah selepas bertemu seorang rakan, nampak televisyen yang terpasang sendirian di ruang tamu. Begitulah biasanya. Rumah ini terlalu sunyi, hinggakan televisyen terpaksa dipasang walaupun tanpa penonton bagi menghilangkan kesunyian yang menyelubungi. Di kaca tv, terpapar rancangan 999 yang menyiarkan tentang parking haram membuatkan aku teringat kenangan beberapa bulan lepas.
          Pagi itu, aku memandu kereta ke Alor Setar untuk ke sebuah klinik pakar yang terletak di tengah pekan itu. Aku yang jarang-jarang ke situ tentulah kurang arif tentang kawasan tersebut. Sesampainya di hadapan klinik tersebut, perlahan-lahan aku mencari parking yang kosong. Tiba-tiba aku lihat seorang pakcik, yang kelihatannya seperti seorang O.K.U kerana langkahnya sedikit tempang dan bongkok, dengan pakaian lusuh dan comot beria-ia menunjukkan tempat parking yang kosong kepadaku. Tidak cukup dengan itu, dia bersungguh-sungguh memberi isyarat itu dan ini bagi memudahkan aku meletakkan kereta dengan betul. Awalnya,aku ingatkan dia menjadi penjaga parking haram kerana kawasan parking tersebut memang free dan takda pun meter untuk bayar parking. Lalu, aku meraba laci kereta untuk mencari duit siling bagi membayar harga parking kepada pakcik O.K.U tu. Apabila aku keluar dari kereta, aku sedikit hairan sebab dia tak minta pun duit parking dari aku. Aku pun bertanya “kena bayaq ka pakcik? Berapa?” Pakcik tu pun berkata, “Ikut laa..nak bagi pun tak pa..tak bagi pun tak pa.” Aku terkejut. Wang siling dalam genggaman kumasukkan ke dalam poket seluar. Lalu aku keluarkan wallet dan membayar lebih sedikit kepada pakcik tersebut sebagai sedikit sedekah kepadanya. Rezeki dia harini. Spontan, sebab aku terharu dan berasa betapa ikhlasnya pakcik tu membantu aku menunjukkan parking dan membantu aku meletak kereta tanpa meminta apa-apa balasan.
               Pakcik tu seorang O.K.U, tapi masih berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat tanpa diminta, dan tidak mengharapkan apa-apa sebagai habuannya. Bandingkan dengan kita, yang kadang-kadang sungguh berat untuk menghulurkan tangan dan seringkali mementingkan diri. Aku sendiri, kadang-kadang bila terserempak dengan peminta sedekah, sebahagian hati mengatakan hulurkanlah seringgit dua, sebahagian lagi dipengaruhi bisikan jahat mengatakan mereka itu pemalas,penipu, aku takda duit dan sebagainya. Last2 aku lalu buat-buat tak tau ja. Aku tahu bahawa kalau kita sedekah dengan ikhlas kepada sesiapapun, tetap dapat pahalanya. Kalaupun orang yang disedekah tu penipu dan sebagainya, biarlah, itu antara dia dengan Allah. Kita tetap beroleh ganjaran atas sedekah yang kita bagi tu. Tapi itulah bisikan jahat yang sentiasa berusaha menenggelamkan hasrat murni yang boleh mendatangkan pahala.  Ohh..hati.. lepas ni, sama-samalah kita lebih kerap untuk menghulurkan tangan, dan meringankan beban mereka yang memerlukan. Ketepikan bisikan hati yang tak pernah lelap menghadirkan godaan kejahatan. Kenangilah bahawa apa yang kita nikmati sekarang ini, mungkin masih lagi impian bagi orang lain. Oleh itu, kongsikanlah sedikit nikmat yang kita miliki dengan orang lain.  Renungilah kata-kata dari pujangga terkenal, Khalil Gibran :
” Ingatlah saudaraku,
Bahawa syiling yang kau jatuhkan,
Ke telapak tangan yang menghulur di hadapanmu,
Adalah satu-satunya jambatan yang menghubungkan,
Kekayaan hatimu dengan cinta dariTuhan “

Wednesday, November 30, 2011

SinggahRasa : Char Koey Teow Kuala Perlis


Malam ni aku takda idea nak merapu apa. Cuma ingat nak ubah kategori “Jalan2 Cari Makan” kepada “SinggahRasa” la pulak. Rasa tak berapa kena dok curi idea orang dalam TV tu. Originaliti adalah identity TintaMalam. Haha..mulalah aku nak berfalsafah EDU3103 ni. So, sempena dengan penukaran kategori post baru ni, aku nak tulis tentang makanan yang agak best di Perlis ni, dan aku teringin sangat nak masak sendiri benda ni, tapi sampai la ni tak masak2, tak tau pasaipa,  iaitu Char Koey Teow (sori kalau salah spelling).
yummy..sedapnyerr char koey teow
Setelah seminggu di Langkawi, aku kembali ke Perlis untukn menghadiri majlis kenduri sedara dan menyetelkan bil2 yang berlonggokan. So, masa sampai dari Langkawi tu, punya la lapaq. Terus pi pekan “Kola Peghelih” untuk cari something yang boleh dimakan. Nampak kedai “Azie Char Koey Teow” yang berdekatan Farmasi Delima tu. Terus order Char Koey Teow special bungkus. Memang sedap, cukup rasa. Udang fresh walaupun tidaklah sebesar tapak tangan, tapi dia boh banyak ekor dan rasanya memang macam udang..! Koey Teow yang masak sedang elok, tak terlalu keras atau lembik (lunyai). Kuahnya yang sederhana, tidak terlalu pedas atau tawar, dengan rasa masin manis kicap harmoni bersama air rebusan udang beserta rasa lada hitam yang ringan. Kuah sedikit pekat ni kerana dicampur telur di dalamnya, akan meresap ke dalam koey teow dan koey teow pun kembang dan lembik jika terlalu lama dibiarkan tanpa dimakan (memang sifat benda pasta macam koey teow,spaghetti, mihun dll). So, kalau beli bungkus kena balik buka makan cepat2 ler. Macam masterchef la pulak aku malam nih..! Bagi aku yang memang suka mengunjungi kedai makan sekitar Perlis ni, ini adalah antara Char Koey Teow terrrbaekk di Perlis ni dan rasanya di Kola Perlis ni cuma ada yang ni ja. Harganya cuma RM 4.50 dan dibungkus dengan bekas plastic, bukan polisterin atau plastic lauk. Bersih dan mudah dimakan di mana-mana.. 

Tentang Tinta : Tinta malam Diserang Virus??!!!



Salam semua..rasanya dah dua hari tak update sebab TintaMalam kena block dengan google disebabkan ada malware, iaitu sejenis virus. Actually, virus tu bukan puncanya dari blog ni, tapi dari website iluvislam yang turut diblock selama beberapa hari jugak. Semuanya berpunca dari aku yang suka guna link url gambar2 dari iluvislam untuk kandungan blog ni. Ni semua kerja hacker2 di luaq sana yang kurang kesedaran sivik dalam diri mereka. Apalah dosa website iluvislam tu yang nak di-hacknya..! Diorang memang suka cari website2 yang besar dan hebat macam iluvislam untuk dijadikan “bahan mainan” mereka.  So, mau tak mau,TintaMalam yang tak dikenali ni pun kna jugak block sebab link yang aku tempek dari iluvislam tu ada virus malware. Tapi, Alhamdulillah, sekarang TintaMalam kembali clean..! Rasanya ni kali pertama jadi macam ni. Mujurlah malware tu tak reset segala isi TintaMalam yang baru nak membangun ni..chewahh..!

Saturday, November 26, 2011

My Experience : Kerana huruf "D" (Cerita Test Lesen)


Tadi masa aku jalan-jalan pusing pekan, aku terserempak la dengan sebuah kereta institut memandu yang berhenti kat tepi jalan. Ohh, tengah test JPJ rupanya sebab dari jauh aku nampak ada lampu oren dok lip lap lip lap atas bumbung kancil tuh. Aku pun slow la nak tengok awat berhenti tepi jalan. Ada kena test jenis berhenti dalam pekan pulak kah?! Dalam 50m sebelum sampai kat kereta tu, aku nampak JPJ pompuan yang dok dekat seat penumpang turun dan budak yang bawak kereta pun turun. Tukaq driver rupanya!! JPJ drive pulak kereta tu. Ishh..sapa test sapa ni?! Huhu~ bila jadi camni konfemla budak tu fail test jalanraya dengan JPJ. Takpe dik, cuba lagi di masa hadapan..! At least adik ada usaha untuk amek lesen yang sah, tak macam mala’un2 kat luaq yang ramai lagi takda lesen dan guna lesen haram... bila eksiden mulalah nak menyusah orang...!

Bila nampak kereta tengah test musim2 cuti ni, teringat balik kenangan aku test kereta dulu. Musim cuti macam ni lah..! Seawal jam 8.00 pagi aku dak terpacak kat tempat test untuk ambik no. giliran. Hujan renyai2 pagi tuh. Lepas taklimat dari pegawai JPJ pagi tu, aku pun dapat la no. giliran.. Mak aaiii, sesi 2 la pulak. Lambat lagi. Test dimulakan dengan bahagian litar iaitu mendaki bukit, parking dan tiga penjuru. Setiap bahagian ada masa2 yang telah ditetapkan. Macam nak race pulak..! Antara semua2 tu, aku paling takut bab nak naik bukit. Takut tak cecah garis dengan takut kereta turun balik. Serius, bahagian naik bukit adalah kefobiaan utama aku berbanding jalanraya...! Sebelum tiba giliran aku, aku sempat melihat pelbagai aksi dari “peserta2” yang awal gilirannya.. Ada yang dua kali naik bukit tapi still tak sampai garis. Apalagi, JPJ yang dok dalam pondok pun angkat kedua-dua tangan tunjuk tanda pangkah. Fail la tu.. Dengan muka sedih, dia pun turun dari kereta yang tersadai di atas bukit tuh..Aksi kat bukit lagi dan mungkin yang paling lawak pada hari tu, di mana seorang budak ni, punya la laju tekan minyak nak naik bukit sampai tak sempat tekan brek waktu atas bukit. Naik, terus lajak turun. Tak singgah angkat tangan kat JPJ dulu...huhu. Kalau siapa2 yang lulus ujian naik bukit, memang sia-sia la kalau fail bahagian lain. Sebab bagi aku, bahagian parking dengan 3 penjuru adalah paling senang yang amat. Segala “cheat” telah diajar oleh cikgu waktu latihan. Tapi, tiada yang mustahil. Ada jugak yang sangkut waktu test parking. Yang paling sedih aku tengok, masuk parking elokdah, lepas angkat tangan, nak keluar dari kotak parking, side mirror sangkut kat tiang pulak. Aduhhh,, kalau JPJ tak perasan takpa la jugak. Boleh cover2 lagi. Fail jugak budak pompuan malang tu.

Ok la, asyik cerita sal orang ja.. akhirnya sampailah giliran aku untuk test litar.  Seperti biasa, dimulakan dengan test naik bukit. Aku dapat kereta perodua kancil model lama yang lampu petak tuh. Masa latihan kancil jugak, tapi model baru. Sebelum aku naik, cikgu yang ajar aku iaitu Cikgu Syed mai dok bisik kata kereta ni takda meter RPM. So, atas bukit nanti, tekan ja bagi bunyi kuat untuk gerak lepas angkat tangan kat JPJ. Owh...macam tu pulak. Waktu latihan dulu, boleh jugak masa atas bukit tu dok ejas meter RPM bagi dok antara nombor 3 dengan 4, then baru turunkan handbrake. Kali ni, kena pandai2 sendiri la.. Asal jangan kereta undur balik sudah..! JPJ pun panggil..kereta memang dalam gear satu dah. Aku tekan minyak sikit, then angkat klac slow2..Kereta pun bergerak la ngek..ngek..ngek naik bukit tu. Prappp! Tarik handbrake. Mak aaai...tak sampai garis lerr! Aku pun turun balik slow2. Tarik nafas sekali then ready to go for the last chance. Kalau tak past kali ni, aku pun akan balik dengan muka sedih yang disaksikan oleh puluhan “penonton” kat tepi bukit tu.. Alhamdulillah, kali kedua, lepas tarik handbrake, lega rasanya bila nampak tayar depan kancil tu dok ngam2 atas line kuning. Aku pun angkat tangan lepas JPJ panggil nama dan bersedia untuk jalan ke tempat parking pula. Waktu kereta tu nak jalan turun dari atas bukit, siap mengeluarkan bunyi ngeri lagi! Macam bunyi drift la pulak.. Mungkin aku terlebih tekan kot.. Haha.. Lantaklah.. janji kereta tak undur balik ke bawah bukit. Kat tempat parking berjalan dengan lancar sekali seperti yang diplan, begitu juga dengan tempat gerak 3 penjuru yang aku rasa setiap orang mampu melakukannya dengan baik sekali..! Habis saja membuat aksi 3 penjuru, aku pun pusing roundabout kecil kat litar tu untuk parking balik kereta kat kaki bukit untuk digunakan oleh “pelakon” seterusnya. Kembang kempis hidung nih waktu jalan ke pondok JPJ kat atas bukit tu untuk ambil slip markah test litar tadi.  Dah confirm ler lulus..! Ok..cukup dulu cerita test lesen bahagian litar..

Waktu test jalanraya pulak, aku adalah orang terakhir yang ditest oleh Pakcik JPJ yang nampak gayanya macam big boss besar dalam JPJ. Bohonglah kalau aku katakan tak rasa apapa dalam dada nih. Ketaqnya lain macam..! Tapi, keramahan “big boss” JPJ yang test aku tu sedikit sebanyak membuatkan aku jadi relaks. Dari start kereta berjalan, sampailah aku parking kereta tu bila habis test jalanraya, tester JPJ tu tak henti-henti bersembang itu ini dengan aku. Eloklah, aku pulak jenis melayan dia, moga2 dia “bermurah hati” dengan aku. Tak banyak yang menarik waktu test jalanraya JPJ, cuma dua peristiwa yang tak dapat aku lupakan waktu tengah test JPJ tu. Pertamanya, bila aku sampai kat simpang tiga yang ada traffic light, pastu bila sampai memang lampu dok hijau dah. Aku pun terus “tekan” kancil tu tanpa tukaq gear (dalam gear 4) dan membuat “belokan maut”...! Sampai menyenget keta kancil tu..! Hahaha.. Tester tu pun apa lagi, terus disergahnya aku “oihh, gayat aihh.. lain kali slow sikit waktu kona, tukaq gear..!” Hahaha..padan muka. Mana aku tau.. Dalam Need For Speed selamba ja aku kona tak tukaq gear.. Mujoq tak fail..!

Peristiwa kedua dalam test jalanraya ialah hampir berlakunya kemalangan sebab ada sebuah D-max yang parking kat tepi jalan, tiba-tiba ja keluaq masuk jalan aku. Waktu tu dalam 80km/h dan secara spontannya, tester JPJ tu tolak stereng ke kanan dan kancil tu melelong la sikit ke tengah jalan mengelak D-max gila tu. Fuhh, selamat. “Lain kali hang kena hon sikit..! Nasib baik naik kancil, kalau tak, aku hambat dah tadi..!” Tester tu mengomel sendirian.. Hahaa, dua kali aku buat dia terkejut harini. Tapi last2, dia bagi aku lulus gak. Thanks PakCik JPJ..!
       Itulah kenangan manis waktu zaman aku ambik lesen dulu. Perkara yang setiap orang melaluinya sekali seumur hidup. Dan sekarang, musim-musim cuti ni, membuatkan aku teringat kenangan nih bila nampak kereta-kereta lesen di sana sini mengitari buana. Semoga mereka juga beroleh kejayaan nanti..!  

TM : Rasa macam awesome sangat kalau dah past test JPJ, especially kalau ambik sekali ja, terus past..! Semua orang yang dah past mesti rasa yang sama kan?! Apapun, adanya lesen yang sah tak bermakna anda bebas dari kemalangan. Pakcik JPJ pesan, "bawa kereta cermat-cermat..!"
*Gambaq dicedok dari google image search..aku tak bawa photographer waktu test lesen...huhu~ 

Friday, November 25, 2011

Jom Muhasabah : Saiyidul Ayyam yang Mulia


Sempena tibanya Hari Jumaat yang mulia ni, aku nak share sikit tentang beberapa perkara sunat dan kesilapan yang sering dilakukan kala tibanya hari Jumaat. Semua tahu Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, dan ramai tahu ada amalan-amalan khas untuk dibuat pada hari Jumaat. Namun berapa ramaikan antara kita yang melakukannya? Artikel dari iluvislam.com, sebagai perkongsian ilmu bersama dan rujukan aku di masa depan. 
Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )

Sunnah-sunnah di hari Jumaat :
1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Sahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)

2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Sahih, Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)

3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelah asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Sahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)

Kesilapan-Kesilapan di hari Jumaat.
1)-Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756, dinilai Hasan oleh al-Albani)

2)-Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Sahih, Abu Daud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr dan al-Albani)

3)-Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Sahih, Muslim:439)

4)-Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Sahih, Muslim:857)

5)-Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Sahih, Muslim:875)

6)-Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)

7)-Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Sahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8)- Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509, disahihkan oleh al-Albani)


My Wishlist : HTC Desire Z vs SE Xperia Pro


G900 yang dah layak "berpencen"

Lama daa tak tulis sal wishlist..hmm, harini aku nak contiang tentang handphone idaman aku yang mungkin aku beli tak lama lagi. Sekarang ni, sana sini orang cakap sal android. Aku pun tak tahu sangat sebab aku dah jadi ketinggalan zaman kerana masih menggunakan handphone yang bukan android. Asli beb..! Aku pun tak tahu ke mana hilangnya minat terhadap handphone, yang suatu ketika dulunya menjadi kewajipan aku untuk langgan majalan e-ring, iaitu majalah khas tentang dunia handphone. Sekarang, koleksi majalah tu dah “bersawang” atas rak buku dalam bilik lama aku.  Dulu kat sekolah menengah, akulah yang jadi “pakar runding/rujuk” tentang handset nih. Kalau ada member yang nak beli handset mesti mai kat aku, then tanya pandangan la konon, pastu nak borrow e-ring aku.. Rasa best la pulak, chewahh..! Tapi sekarang, aku dah tak minat lagi dunia handset ni. Nak tukar handset pun malas. Cuma serasanya sudah sampai masa untuk aku menggantikan SE G900 aku yang semakin dimamah usia.
HTC Desire Z..bahagian belakang yang elegance
Xperia Pro, sebuah android yang hampir sempurna..!
So, dalam diam-diam, kalau ada senggang waktu, aku pun meng-ushar handset2 android yang latest kat pasaran. Aku ni jenis prefer handset berbentuk candy-bar. Tapi sekarang, jarang dah handset canggih yang masih berbentuk candybar ni. Kebanyakannya slide atau touchscreen jer. So, terpaksalah aku mengggunakan touchscreen juga, tapi mesti diiringi oleh keypad. Cari punya cari, aku pun jumpa la dua jenis handphone nih, HTC Desire Z dan Sony Ericsson Xperia Pro. HTC Desire Z ni bukanlah latest phone sangat, tapi dia punya spec boleh tahan. Xperia pro pulak baru ja masuk Malaysia beberapa bulan lepas. Actually,sebab utama aku pilih dua handphone ni ialah kerana kedua-duanya handphone android yang ber-qwerty keypad yang bersaiz besar. Aku memang tak pandai guna handphone yang qwerty keypadnya kecil-kecil. Itu merimaskan dan menyukarkan..! Spec kedua-dua handset ni memang hampir sama. Tapi, kalau diteliti, SE Xperia Pro punya sedikit kelebihan dan harganya pun lebih sedikit ja dari HTC Pro. Hmm, sukarnya nak memilih. Dah 7 tahun bersama SE, ingat nak tukaq selera sekali sekala.. Tapi, sussaahhh sangat sebab SE memang terrbaaikkk bagi aku.. BB?  Not my taste..sorry.. ;)

TM : Dari segi fizikal dan rupa paras, aku lebih kepada HTC, tambah2 bahagian belakang yang stainless steel tu, nampak macho jaa. Tapi dari segi spec, absolutely Xperia pro la...no doubt..! Harga Xperia mahal sikit, tapi berbaloi la dengan fungsinya. Hmm..susahnya nak pilih..beli dua2 kang membaziaq pulak..huhu~ (spec kedua-dua handphone tu boleh dibaca di sini dan sini )

Thursday, November 24, 2011

Tazkirah Ringkas : Ikhlas


Setiap umat Islam wajib meyakini dan menyembah hanya kepada Allah s.w.t. Kita sememangnya tahu akan ibadah yang difardhukan ke atas umat Islam yang telah akil baligh dan cukup syaratnya. Namun begitu, ramai dalam kalangan umat Islam yang kurang menitik beratkan aspek ikhlas dalam ibadah kepada Allah s.w.t. Ikhlas bermaksud setiap kata-kata, perbuatan, dan amalan adalah kerana Allah s.w.t, lillahi taala.

Ikhlas juga beerti setiap apa yang kita lakukan itu tidak mengharapkan apa-apa faedah, gelaran, pujian, kemuliaan dan pangkat dari sesiapa melainkan Allah s.w.t semata-mata. Islam mewajibkan setiap umatNya melakukan setiap amalan dengan ikhlas kerana ia merupakan inti pati dan penentu penerimaan amalan. Firman Allah s.w.t :

"Padahal mereka tidak diperintahkan, melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar" (al-Bayyinah:5)


*dipetik dari iluvislam.com

TM : Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap.. =)