Wednesday, November 23, 2011

My Novel : Bila Lelaki Baca Novel


Alhamdulillah, satu lagi kategori baru yang aku ilhamkan dalam Tinta Malam ni. Kategori yang wujud kerana minatku terhadap kesusasteraan, especially novel. “MyNovel”, adalah ruang untuk aku mencoretkan apa-apa berkenaan novel, dan plan aku ialah untuk review tentang novel-novel yang aku pernah baca sebelum ni. Aku lelaki, dan aku suka baca novel. Kadang-kadang aku hairan, mengapa orang akan rasa atau pandang pelik kalau lelaki baca novel..pelikkah?! Mengapa perlu ada diskriminasi dalam perkara ni? Kadang-kadang, aku rimas juga bila ada mata-mata yang memandang sinis saat aku bershopping di bookstore untuk membeli novel atau melewati rak-rak novel di perpustakaan awam. Entahlah, kalau mereka hairan dengan aku atau orang lelaki yang suka baca novel, aku 10 kali lebih hairan dengan perangai mereka tu. Mungkin bagi mereka, eksotik sangat kot kalau seseorang lelaki baca novel. Haihh, aku pun tak paham..! Sekarang aku nak share tips2 aku sendiri, untuk pilih atau beli sesebuah novel. Aku tak pandai bahasa omputih, so, aku baca novel melayu ja. Tapi bagi aku, novel2 melayu pun tak kurang hebatnya, Malaysia Boleh...!! So sebagai mukadimah kategori baru ni, aku nak share sikit apa benda yang kena dinilai dan dilihat sebelum beli/pilih novel? Jom...
Sinopsis
The main factor yang akan membuatkan aku tertarik untuk beli sesebuah novel, tentu sahajalah jalan ceritanya atau sinopsis. Kalau kena dengan selera, terus grab la satu..! Kadang-kadang lepas tengok sinopsis, aku akan teliti pulak aspek-aspek lain seperti kat bawah ni.
Best-Seller
Mostly, kalau aku nak beli novel kat bookstore macam Popular atau Union, aku akan cari novel-novel yang best-seller dan teliti sinopsis dia. Kalau best, angkat jaa..
Novelis/Writer
Selalunya aku akan utamakan novel yang ditulis oleh novelis kegemaran aku, yang memang kebanyakannya aku dah baca karya mereka. Antara novelis favorite aku ialah Ramlee Awang Murshid bagi genre thriller, dan itulah satu-satunya novelis thriller melayu yang aku paling suka novel dia. Bagi genre lain seperti percintaan/romantic, antara novelis pilihan ialah Sharifah Abu Salem (juga penulis skrip bagi drama2 tv3, seperti Cinta Elysa), Aina Emir, Hlovate,  Siti Hasmizah, Norhayati Berahim, Habiburrahman el Shirazy dan beberapa nama lagi yang aku tak berapa ingat. Sasterawan negara pun aku minat jugak. Antaranya ialah Abdullah Hussain, Shahnon Ahmad, dan A.Samad Said yang memang aku suka dia punya puisi. Penulis/novelis baru pula akan dikenali apabila novel mereka menjadi best seller, dan jika karya mereka “ngam” dengan taste aku, aku akan tambah mereka sebagai novelis favourite aku..!
Publisher/Penerbit
Tidak dinafikan, nama publisher adalah antara elemen yang menjadi perkiraan aku kalau nak pilih/beli sesebuah novel. Selalunya, aku akan menilik novel keluaran alaf21 dulu sebelum beralih kepada publisher yang lain. Mutu karya keluaran alaf21 memang terbaik dan mantap sejak dulu lagi. Namun, baru-baru ni, aku berkunjung ke Popular bookstore Alor Star, dah banyak publisher baru yang terbitkan novel dan aku rasa ini mencabar kedudukan alaf21 yang sejak sekian lama mendominasi pasaran novel melayu. Bagus juga, kita sebagai pengguna punya banyak pilihan..!
Sequence
Sequence atau turutan atau sambungan merupakan “perangkap” bijak seseorang novelis untuk melariskan novelnya dan formula inilah yang kerapkali digunakan oleh Ramlee Awang Murshid dalam jalan cerita novelnya. Apabila sesuatu novel itu ada sambungannya, tidak dapat tidak, mesti kena beli sambungan novel tersebut, kadang-kadang sampai 3 buah novel (trilogy) hanya untuk satu cerita/kisah yang berkait. Selalunya novel sebegini jalan ceritanya memang sangat best dan pembaca tak sabar-sabar untuk menanti sambungan novel yang sudah habis dibaca itu.
Recommended / Pengaruh
Faktor recommended dari kawan atau media tidak kurang besar pengaruhnya untuk aku beli sesebuah novel. Kadang-kadang bila main fb, then ada kawan menyapa dan tanya hang dah baca novel tu, novel ni. Best la, apa la diorang cakap. So, aku cepat teruja dan terpengaruh kalau kena recommended macam tu. Satu lagi, trend harini, novel di-dramakan/ difilemkan, drama/filem di-novelkan. Benda macam ni pun besar pengaruhnya, terutama jika sesebuah novel tu difilemkan/didramakan. Memang sekelip mata novel tu akan jadi best-seller sana sini sampailah sold out. Contoh baru-baru ni, drama Nora Elena (Tv3) yang diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha dan filem yang akan datang, Ombak Rindu, yang juga adaptasi dari novel keluaran alaf21.
Ulang Cetak
Selain faktor-faktor di atas, aku juga akan melihat ulangcetak bagi sesebuah novel sebelum membacanya. Jika banyak diulangcetak, maknanya novel tu bestlah sebab ramai orang baca dan beli. Contohnya novel Kasih Yang Suci (Nora Elena) yang diulangcetak sebanyak 10 kali.
Mukasurat vs Harga
Aku memang sedikit kedekut, dan dalam hal nak beli novel pun, mesti ada bajet dan had. Bilangan mukasurat dengan harga biarlah sepadan. Selalunya, aku akan beli novel yang harganya RM19.90 dan ada 500-600 mukasurat (standard alaf21).
Rekabentuk Kulit
Tak dinafikan, ke-kreatifan merekabentuk sesebuah kulit novel juga memainkan pengaruh kepada pembeli. Kadang-kadang, aku akan mengambil sesebuah novel untuk diteliti sinopsisnya apabila melihat kulit yang cantik dan kreatif serta lain dari yang lain.

TM :Itulah dia serba sedikit tips yang aku nak kongsi berkaitan dengan faktor yang menyebabkan aku memilih/membeli/membaca sesebuah novel melayu. Sekali lagi aku tegaskan, tidak ada yang peliknya lelaki membaca novel dan di kampus aku pun, ramai lelaki yang suka baca novel. Sasterawan negara pun ramai dari golongan lelaki. So, takda apa nak dipelik atau dihairankan. InsyaAllah, aku akan review novel-novel yang berlambak dalam rak buku bilik aku nih nanti..!

Tuesday, November 22, 2011

My Review : Menggila di Liberty City (Part 2)


Grafik@Videoplay
Cognoscenti (Maybach62)
Macam biasa, sejak ada desktop power nih (Panamera), aku akan melakukan sedikit penderaan untuk menguji kemampuan Panamera ni, iaitu dengan setting grafik paling maksimum untuk setiap game baru yang diinstall, termasuklah GTA TBOGT nih..! Dan buat kesekian kalinya, Panamera tidak menghampakan. Setting grafik maksimum, dipadankan dengan LED monitor 23” memang membawa aku ke “dunia lain”, ke kota kehidupan bernama Liberty City, bandar utama dalam GTA TBOGT nih. Setiap inci metropolis ini digambarkan dengan cemerlang, begitu juga dengan warganya. Semuanya seakan hidup dan bukan seperti lukisan “berkotak-kotak” macam GTA yang lama. Map yang sangat luas dalam game ni tentunya menyimpan 1001 rahsia seni yang sangat real, memukau, wow..! Dari utara hingga selatan map, jika diteliti, bukan sebarang bangunan yang diletakkan. Banyak di antaranya adalah landmark yang sangat famous di dunia realiti. Cuma sayangnya, aku mencari kot-kot ada menara KLCC di situ, tetapi hampa. Mungkin dalam GTA 5 nnti ada..heheee..! Tekstur air (water texture)  dan api adalah sangat berbeza dengan sebelum2 nih. Percikan air ketika menaiki speedboat dan ombak besar di tengah lautan yang membuai, adalah gambaran dunia realiti yang diterjemah ke dalam GTA IV ni. Kerangka kapal karam di pesisir pantai, longgokan sampah dihanyut air serta jeti haram yang usang, yang wujud di celah sungai yang mengepung Liberty City menghadirkan pemandangan yang begitu realiti. Prasarana (facilities) seperti jalanraya dan taman yang menjadi watak sampingan dalam TBOGT ni wajar diberi pujian. Jalan raya tidak lagi senada, tapi sudah dipelbagaikan. Ada terowongnya (termasuk terowong bawah air), jalan bertingkat, round-about, jalan yang berhabuk, jalan yang rosak dan berlubang dan halangan-halangan di tengah jalan seperti dalam dunia sebenar. Uniknya, kadang-kadang di tengah jalan, akan ada lubang pembentungan dimana asap putih/kabus akan keluar terawang di udara. Perghh, sebijik cam betul. Real beb...! 
GT40 eksiden sudaa
Satu lagi yang best, ialah tentang manusia2 dalam GTA IV nih. Memang totally different..! Jika dalam GTA dulu2,terutamanya GTA Vice City, kadang-kadang jemu juga bila asyik2 nampak muka orang yang sama ja. Kembaq sampai selori..! Tapi dalam GTA IV, orang-orangnya sungguh berlainan. Sungguh awesome dan hidup..! Anda takkan lagi berjumpa si kembar yang jalannya mengengkang. Setiap warga kota Liberty punya gaya masing-masing, sibuk urusan masing-masing. Katakan anda(Louis) berada di Middle Park, di situ akan kelihatan orang yang sedang duduk berehat di bangku kayu, orang yang sedang berbual di telefon awam, dan sedang melukis pemandangan di ats kanvas lukisan kemudian menjualnya kepada orang yang lalu-lalang. Orang2 dalam GTA IV ni memang real, sehinggakan kalau anda tumbuk atau shoot mereka, akan kelihatan darah terpercik dan mereka menggelupur kesakitan sambil mulutnya tak henti-henti menyumpah seranah si Louis.  Mungkin orang kata buat apa nak tengok benda-benda tu semua sampai nak perinci yang remeh temeh camtu, tapi inilah aku, yang suka akan kesenian dan keunikan. Dalam dok main game, aku suka perhati “seni2” unik yang wujud dalam game tersebut.
Super Drop Diamond (RR Phantom)

Berbicara tentang kenderaan memang minat aku. Sudah trademark dalam GTA, yang memang menyediakan kenderaan yang beraneka jenis laksana dunia relaiti, dan dalam GTA IV, kenderaannya sangatlah awesome dan sesiapapun yang tahu perihal kenderaan, akan dapat meneka kereta dalam GTA IV ni ialah kereta apa dalam dunia realiti disebabkan rupabentuknya yang amat persis, walaupun ada yang dikacuk. Sebut saja kereta jenis apa yang anda nak, dari sedan,sport,klasik,muscle,mpv,suv, truck,pickup,superbike, semuanya ada sampai aku naik lenguh nak taip. Sebenarnya, banyak kereta adalah model yang sedia ada dari GTA terdahulu, seperti admiral,comet,sentinel dan lain2,tetapi rupa bentuknya telah berubah,sesuai dengan peredaran latar masa GTA tersebut, dan ada juga penambahan model2 baru yang tidak kurang menariknya. Antara jenis kereta yang mencuri perhatian aku ialah Drop Diamonds (Rolls-Royce), Cognoscenti (Maybach62),dan BulletGT(Ford gt40). 
Bullet GT (Ford gt40)
Superbike terbaik dalam TBOGT ni ialah Akuma yang diilhamkan dari model Ducati StreetFighter yang famous tu. Kenderaan udara dan air, walaupun tak banyak, tapi cukup menarik dan berguna. Mungkin dalam GTA 5 nanti, akan ada kapal terbang seperti dalam San Andreas dan luxury yatch yang boleh dipandu sendiri. Dalam TBOGT ni, juga terdapat kereta api yang boleh dinaiki oleh Louis. Tapi, aku malas sebab lembab dan memboringkan. 
          Kesan remuk juga lebih real dan menarik dalam GTA IV ni. Selain itu, katakanlah anda memandu kereta dengan sangat laju, kemudian melanggar sesuatu seperti tembok atau divider, sang pemandu akan tercampak keluar dari cermin depan kereta dan tersungkur di atas tar. Whoaa..! Ini sungguh real. Satu lagi yang menarik ialah, sewaktu memandu laju dan melanggar belakang kereta yang sedang berhenti di traffic light. Pelanggaran kuat itu menyebabkan kereta yang dilanggar remuk teruk dan tayar kereta tersebut akan terbakar dan api mula marak membakar kenderaan malang itu. Dan saat inilah pemandu yang menjadi mangsa akan keluar sambil menggelupur kerana badannya dimamah api kebakaran tersebut. Oh, sadisnya..! 
terbakar...berperang dengan polis
Kesan Bunyi (Sound Effect)
Akuma (Ducati Streetfighter)

Game yang hebat tentu sahaja punya kesan bunyi yang hebat dan mantap. Doom..! Doom..! Doom..! Ditambah pula dengan speaker yang di-tune mantap, tentu saja bisa menggegar tangkai jantung sang player saat memuntahkan peluru dari machine gun atau bazooka. Bunyi weapon yang begitu realistik, serta bunyi setiap kenderaan yang berbeza-beza adalah tarikan utama game ni dari segi bunyi. Tungganglah Akuma (Ducati Streetfighter) di jalan yang luas dalam map GTA IV nih, dan hayati irama ranggi yang dihasilkan oleh superbike yang awesome ni. Suara orang2 yang wujud menghiasi segenap kota Liberty ini juga amat unik. Yang lucunya, mulut mereka lancang sahaja menghamburkan maki hamun kalau anda terlanggar atau “tertumbuk” mereka. Suara perbualan antara watak utama (Louis) dengan watak-watak lain juga sangat menarik dan kalau tak berapa faham, boleh diletakkan English subtitle kat bawahnya agar kita tidak ketinggalan dan memahami flow jalan cerita dalam GTA IV Nih. Memang geniuslah krew team yang menghasilkan game sehebat GTA IV nih.
Melayang di udara selepas dilanggar

Cukuplah review aku berdasarkan pengalaman bermain GTA IV The Ballad of Gay Tony nih (TBOGT). Game ini berklasifikasi above eighteen (18+) dan pastinya terdapat adegan2 sama ada ganas atau sosial yang tak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur. Lagipun mereka terdedah untuk mencontohi perlakuan ganas watak Louis dalam GTA IV TBOGT nih. Sehinggakan aku pernah terbaca dalam paper suatu masa dulu, di mana permainan GTA diharamkan di sesetenga negara sebab terdapat kanak-kanak yang berkelakuan ganas, kononnya meniru watak2 dalam GTA nih. Sampai macam tu sekali dasyatnya pengaruh GTA ni. 

TM : Tak sabar nak main GTA V yang dah keluar trailernya kat internet..! 

Monday, November 21, 2011

My Review : Menggila di Liberty City


Ok, cuti sem dah bermula..selamat bercuti semua..! Cuti adalah momen yang ditunggu-tunggu oleh para gamer, untuk melampiaskan geram setelah “mengharungi perjalanan” panjang selama satu semester. So, sesuai dengan tujuan melepas geram, harini aku nak review sikit tentang game bergenre action and adventure, iaitu GTA IV The Ballad of Gay Tony (TBOGT). Tajuknya mungkin sedikit kontroversi, dan kontroversi inilah yang membuatkan game ni merupakan antara game terbaik tahun 2011. Sebenarnya, dalam GTA IV, ianya terbahagi kepada beberapa siri, pertamanya, anda mesti install dan main ialah GTA IV sendiri, dan dari sinilah wujudnya dua expansion dari episode utama ini, iaitu GTA IV The Lost and Damned dan GTA IV The Ballad of Gay Tony. Memang kreatif game engineer dari company Rockstar nih, di mana lahirnya 2 expansion dari episode utama ni adalah berdasarkan beberapa watak yang pernah wujud dalam episode utama. Ianya seperti menonton siri filem yang hebat seperti Tansformers 1,2,3 dan Fast and Furious.. Bezanya, anda yang menjadi hero dalam “filem” GTA IV TBOGT nih..!
              Mengapa GTA IV TBOGT? Bagi aku, dalam semua siri GTA setakat ni, GTA IV TBOGT adalah yang terbaik dan termantap..! Two Thumbs Up..! Untuk makluman am, GTA IV TBOGT adalah game action adventure yang diklasifikasikan sebagai 18+ dan bukan E (everyone). Mungkin disebabkan faktor keganasan yang sudah semestinya identity bagi game GTA (Grand Theft Auto) sejak GTA 1 lagi. Dan keganasan dalam GTA adalah sesuatu yang awesome dan menyeronokkan, memberi ruang untuk melepaskan geram yang terbendung..! Dalam TBOGT ni pun sama,cuma lebih kejam dan ganas dari GTA yang lama-lama. Seperti biasa, hero utama yang bernama Louis, asalnya tiba ke Liberty city sebagai marhaen yang mencari pekerjaan halal la kononnya. Pastu, terjebak dengan kongsi gelap, mafia, gangster dan sebagainya. Dari sinilah bermulanya episode keganasan. Pembunuhan adalah rutin harian yang wajib bagi seorang hero utama dalam GTA. Walaupun kedengarannya klise dengan GTA yang sbelom2 nih, tapi percayalah, ada sesuatu yang berbeza untuk diceritakan dalam TBOGT ni..! Macam biasa, aku akan review dari tiga aspek utama, Kepermainan, Grafik@Videoplay dan Sound System. Lets Check Out from my perspective..!

Kepermainan
Tidak banyak untuk diceritakan tentang kepermainan. Bagi yang sudah biasa dengan siri-siri GTA, tentu mengetahui bahawa dalam GTA, tidak ada manusia yang berwatak budiman. Yang ada hanyalah kejahatan, tikam belakang, kawan makan kawan, dan sebagainya, dan of-course, semua player GTA bagi aku adalah orang yang berani dan berhati cekal.. chewahhh..! Dalam GTA IV, apabila satu mission diselesaikan, muncul satu atau dua lagi mission baru yang berkaitan dengan mission lepas, dan perkaitan yang terjalin rapi inilah yang mewujudkan suatu jalan cerita yang awesome dan best..! Lebih best dari filem sebab dalam GTA, andalah hero utamanya..! Tidak lengkap bercerita tentang GTA tanpa cheat-codenya. Dan, dalam GTA IV, ia adalah suatu evolusi baru sebab cheat tak lagi di-eja secara tradisional, sebaliknya, melalui menu  dalam handphone milik watak utamanya,Louis. Handphone dalam GTA Iv juga bukanlah Handphone “season” atau “handphone botol air” macam dalam San Andreas, tapi, handphone yang berfungsi seperti sebuah phone yang sebenar. Boleh call watak-watak lain,sms,mms, camera, tukar ringtone dan lain-lain. Dan paling penting, menu cheat untuk GTAIV TBOGT dapat diakses kat sini. Just cari cheatcode dari internet, then taip untuk 1st time, dan ianya akan kekal dalam handphone tersebut sampai game ni 100% complete. 
Seperti biasa, cheatnya terdiri daripada nyawa, armor, weapons, vehicle dan special cheats. Walaupun cheatnya tak lagi sebanyak GTA yang lama2, tapi kelebihannya ialah dua benda penting, iaitu weapons dan vehicle yang sangaatttt awesome dan canggih lagi terkini...! Nanti akan diceritakan dalam aspek grafik. GTA IV juga, seperti game2 moden yang lain,menyediakan platform online dan progress bagi setiap mission (tiap2 mission ada markah), boleh di-upload dan boleh compare siapa yang paling terer antara anda dengan player2 lain dari seluruh dunia. Tapi aku jenis malas nak buat benda2 ni semua, so, aku just layanm game ni sorang2 ja..! Macam sebelum2 ni jugak sebelum setiap mission, akan ada video dan di sinilah kita boleh faham apa yang sedang berlaku, kenapa kna bunuh orang itu orang ni, pasaipa nak kna letak bom kat situ, awat nak kna pi curi itu ini dan sebagainya. Memang real, memang best..! Untuk review tentang grafik dan sound effect GTA IV, sambung part 2 pulak..! 

Sunday, November 20, 2011

Jom Santai : Ilusi 1


Letakkan jari, atau pen atas garisan putih kat tengah tu...anda akan dapati kotak atas dan bawah adalah sama warna..!

Saturday, November 19, 2011

My Experience : Al-Fatihah buat Tok Yam

(gambar hiasan)

Malam itu, telefon menjerit nyaring minta diangkat. Di hujung talian, terdengar suara ibu bernada sendu mengkhabarkan “Abang, tok dah takda..tadi baru meninggal di hospital”… Aku terduduk dan tergamam. Tok Yam dah takda..! Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiuun.. Monitor yang berwarna-warni di hadapan terasa kosong, sekosong hati ini. Kenangan bersama Tok Yam terlayar satu persatu di diingatanku. Setitis dua,mengalir jua mutiara jernih dari tubir mata ini. 

Tok Yam adalah ibu kepada abah aku. Walaupun kenangan bersama Tok Yam hanyalah kenangan-kenangan lama yang berkisar sewaktu kehidupanku semasa bersekolah rendah di Langkawi, dan ketika aku bersekolah menengah di Alor Star seterusnya menyambung pelajaran di Perlis, aku sudah jarang untuk menjenguk Tok Yam kerana jarak dan masa yang membatasi. Itulah yang aku gambarkan dalam puisi yang bertajuk “Kutatap Wajah Rindumu” yang aku nukilkan beberapa minggu lepas, setelah aku menziarahi Tok Yam pada Aidilfitri yang lalu. Dan, itulah pertemuan terakhir aku dengannya sebelum dia dijemput pergi oleh Sang Pencipta.
            Masih kuingat lagi, ketika aku masih kecil, dan kami sekeluarga tinggal di rumah Tok Yam dan tokwan, setiap hari aku akan dibawa ke kedai runcit oleh Tok Yam untuk membeli jajan atau mainan. Dan turut dibawa bersama ialah sepupuku yang sebaya denganku. Maklumlah, hanya  kami berdua sahaja cucu Tok Yam dan tokwan ketika tu. Kalau Tok Yam ke pekan Kuah dengan tokwan untuk “bershopping”, dia tak pernah lupa membelikan baju atau pakaian bertemakan superhero untuk aku dan sepupuku itu. Pernah dibelinya baju Mask Rider yang matanya dibuat dari LED yang boleh bernyala warna merah, dan bateri diletakkan di poket khas dalam baju tersebut, membuatkan aku jadi takut untuk memakainya..! Tok Yam juga akan berhabis-habisan membelaku jika abah atau mak memarahiku kerana nakal atau buas. Hahaa..indah sungguh kenangan zaman kanak-kanak. Waktu menginjak pergi dan aku semakin dewasa. Aku sudah jarang-jarang dapat bersama Tok Yam, apatah lagi ketika bersekolah di seberang laut. Sesekali bila balik kampung, aku tidak lupa menziarahinya. Dan setiap kali itu jugalah, aku dilayan seperti VVIP. Dimasaknya hidangan istimewa dan disediakan bilik tidur yang dihiasnya sendiri, dan Tok Yam pasti akan memaksa aku untuk tidur semalam dua di rumahnya. Kini, rumah kayu agam lima bilik itu seakan hilang serinya. Dulu, pelancong yang lalu lalang pasti akan singgah untuk bergambar di hadapan rumah itu, malah, ada yang minta untuk masuk melihat ke dalam rumah. Mana tidaknya, seni ukiran kayu pada segenap inci rumah itu ditambah pula dengan hiasannya yang ceria, membuatkannya punya tarikan yang tersendiri. Kini, tinggallah tokwan keseorangan menguruskan rumah yang diselubungi suram itu. Tok Yam juga punya hobi yang tersendiri, iaitu obsess terhadap lanskap, terutamanya pokok-pokok bunga. Laman rumah yang luas itu dipenuhi oleh susunan pokok-pokok bunga yang boleh membangkitkan keceriaan. Aku masih ingat, ketika baru memperoleh lesen kereta, aku terlanggar pasu bunganya sehingga pecah sewaktu mengundur kereta. Menyedari yang Tok Yam tidak nampak apa yang telah berlaku, aku memecut laju kereta dan pulang ke rumah. Esok paginya, belum sempat aku membuka mata, sudah kedengaran “meriahnya” rumahku dengan suara Tok Yam yang tidak berpuas hati dengan pasunya yang pecah itu. Argghh..! Aku sudah terkantoi..! Nampak ja muka aku, terus diajaknya ke kedai pasu untuk membeli pasu bunga yang baru. Boleh, tapi tok kena belanja makan KFC. Tok jugak yang kenaa…
             Bunyi telefon menandakan isyarat SMS baru diterima. Ibu memberitahu bahawa jenazah Tok Yam akan dikebumikan awal pagi esok, dan mustahil untuk aku menatap jasad kaku Tok Yam buat kali terakhir kerana aku berada di seberang laut. Apa yang dapat kulakukan hanyalah menyedekahkan bacaan Yasin dan Fatihah buat arwah. Maafkan aku tok, yang tak disampingmu di saat kau menghadapi hari-hari derita. Maafkan aku tok, yang tak bersama menurunkan jenazahmu ke liang lahad. Maafkan aku tok, yang tak sama-sama mengaminkan bacaan talkin saat jenazahmu dikebumikan. Hanya sekuntum doa juga fatihah, akan terus kukirimkan buatmu di sana. Masih terkenang hangatnya tanganmu saat kukucup sewaktu aidilfitri lalu. Walaupun sedang bertarung dengan derita saat itu, engkau masih sempat menitipkan nasihat yang berguna, “belajaq rajin2” dan gurauannya yang terakhir kepadaku, untuk membawa calon isteri dan diperkenalkan kepadanya. Oh, entah gurauan atau permintaan yang tak kesampaian, kini semuanya hanya tinggal kenangan. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Mariam Bt Wan (Tok Yam) yang telah kembali ke rahmatulah baru-baru ini. 




SinggahRasa : Oblong Kambing


Tetiba ja dapat idea nak buat kategori baru dalam blog ni.. dinamakan Jalan-jalan Cari Makan , sebab nak review makanan2 kat kedai makan,terutamanya di sekitar Perlis yang mempersona ini. Orang muda a.k.a bujang macam aku, semestinya suka makan kat luaq. Cepat,mudah,sedap(sometime), dan murah(sometime)..! Ok, malam ni dimulakan dengan Oblong Kambing standard, yang aku singgah beli kat Burger Kafe di Seriab tadi. Aku bungkus ja sebab takda geng nak ajak makan. Kalau makan kat kedai, mungkin decorationnya lebih menarik.  Bila sebut oblong, mungkin bisa, tapi bila namanya oblong kambing, memang sesuatu yang rare..!  Murah ja, RM 5.50. Daging oblong yag tebal dan sememangnya mempunyai rasa daging kambing asli,walaupun tidaklah sehebat Lamb Chop. Sesuai dengan harganya, oblong kambing ni memang mengenyangkan dan gandingan sos blackpepper,sos cili, dan mayonis memberi rasa pelbagai kepada daging kambing goreng yang dilapik oleh ban lembut berisi sayuran di tengahnya. Selalunya makan oblong daging lembu atau ayam, sesekali cubalah oblong kambing pula..! 

Monday, November 14, 2011

Seni dan Sastera : Epilog Seorang Ketua


Alhamdulillah,semester ini tiba jua ke penghujungnya. Semester yang penuh dengan episod tanggungjawab bagi aku. Apa tidaknya, menjadi seorang ketua kelas (KK) yang kedengarannya mudah dan lucu, tapi hakikatnya adalah suatu amanah yang bukan mainan. Kerana kealpaan seorang KK, mungkin orang bawahannya boleh ditahan dari masuk exam, kerana kealpaan seorang KK, mungkin seorang pensyarah akan merajuk atau naik angin kepada semua..Begitulah serba sedikit kesan jika gagal menjadi KK yang baik. Apapun,semuanya berakhir kini dan aku telah selamat bersara setelah satu semester menjadi KK. Puisi ni aku nukilkankan khas sempena persaraan aku sebagai KK. Terimalah, Epilog Seorang Ketua.