Friday, November 11, 2011

Tutorial : Download MP3 Freeee..!


Arini teringin nak update blog lagi..buang stress exam walaupun baru lepas 1 paper ja..subject killer orang kata.. so,kita nak relax2 sikit sambil dengar lagu.. so, arini aku nak tulis tutorial mudah tentang bagaimana nak download lagu mp3 dari internet. Mungkin kebanyakan orang kat luar sana sudah sedia maklum tentang benda ni dan ada juga yang suka “menyedut” lagu2 mp3 dari website2 tertentu kat luar sana. Cara masing-masinglah. Kat sini nak tunjuk sikit camner aku download lagu dari internet.. bebas virus, berkualiti,cepat,mudah,simple dan yang penting, freee...! Mudah,sangat mudah..! cuma kena tau tajuk lagu dan kalau boleh penyanyinya sekali untuk memudahkan pencarian. Formula asasnya ialah “site mediafire + tajuk lagu + penyanyi”  Contohnya anda nak cari lagu Unintended yang dinyanyikan oleh kumpulan Muse, iaitu lagu yang aku jadikan background song blog ni, hanya perlu taipkan di kotak carian browser anda “site mediafire unintended muse” (lihat gambar di bawah)
Selepas itu, klik search dan akan keluar list yang berderet-deret. Pilih link yang tepat, iaitu link yang betul-beul milik mediafire. Cara nak pastikan kesahihan link-nya ialah pastikan link bertulisan hijau ( di bawah link bergaris biru-selalunya tajuk lagu) bermula dengan “www.mediafire.com/xxxxx”  Pemilihan link yang betul adalah penting agar anda tidak tersasar ke laman yang tidak sepatutnya atau lebih teruk lagi, berdepan ancaman virus. Lihat gambar di bawah untuk membuat pilihan yang betul..!
Selepas dipastikan link untuk lagu tersebut sememangnya datang dari mediafire, klik dan anda kini bersedia untuk memuat turun lagu tersebut. Untuk aktiviti download-mendownload, aku suka gunakan Mozilla firefox sebab terdapatnya plug-in untuk free download manager, iaitu 3rd party software yang berfungsi mempercepat dan menguruskan fail2 yang anda download dari internet. Fungsinya sama seperti Internet Download Manager dan lain download manager yang boleh didapati percuma di internet. Berbalik kepada lagu yang hendak di download tadi, setelah link yang betul diklik, akan muncul tetingkap baru yang memaparkan download link dan sebaik download link diklik, akan pop-up download manager dan anda boleh aturkan di mana destinasi fail tersebut “mendarat”. Jika download manager tak di-install ke dalam komputer anda, mungkin tetingkap download biasa yang akan muncul sebaik link yang tertulis “Click here to start download from MediaFire..” diklik. Lihat capture screen di bawah :

 Jika menggunakan download manager, biasanya sesebuah lagu yang bersaiz 4-5mb akan sampai kurang dari 3 minit sahaja..! Aku suka download lagu dengan cara begini kerana mudah dan lagunya berkualiti. Paling kurang pun selalunya 128mbps. Memang sedap dan cukup bass-nya..! LAgi satu, kalau download lagu dari website2 lain, kadang2 kena menghadapi karenah website tersebut, seperti suruh tunggu la, suruh like la, suruh isi itu isi ini sebelum mendapat satu lagu mp3 free..! Hanya dengan 3 langkah mudah dan simple, anda boleh tersenyum relax mendengar lagu mp3 yang berkualiti tinggi..! Carilah lagu apapun,dari genre nasyid sampailah pop rock, selalunya tidak menghampakan..!

TM : Formula yang sama juga boleh digunakan untuk mencari movies, game dan lain2.. hehe ;) 

Sunday, November 6, 2011

De’ SMKAK : Eidul Adha dan Fobia


gambar kredit kpd ILuvIslam.com

Salam Eidul Adha buat semua muslimin dan muslimat pembaca Tinta Malam. Kat sini aku bukanlah nak tulis artikel tentang eidul adha yang ternyata kebanyakan dari kita sudah mengetahuinya samada dari syeikh google atau buku-buku agama. Cukuplah sekadar menuliskan bahawa Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Eidul Adha juga disebut sebagai Hari Raya Haji di Malaysia. Boleh baca di sini dan disini.
      Bercerita tentang Hari Raya Haji, aku teringat pengalaman kanak-kanak dulu. Dulu, bagi aku tidak ada bezanya raya haji dan aidilfitri. Kedua-duanya sama meriah, sama seronok. Jika aidilfitri memakai baju baru,kasut baru,songkok baru,  raya haji pun macam tu juga. Malah, siap dapat duit raya lagi walaupun menyambut eidul adha. Mercun dan bunga api yang tak habis main waktu aidilfitri, diguna pulak untuk memeriahkan lagi malam eidul adha. Makanan di rumah pun sememangnya lebih “banyak mata” dan meriah dari har-hari biasa. Oh, indahnya kenangan 10 tahun dahulu..! 
            Kini, eidul adha membawa pengertian yang berbeza. Biasalah, dewasa dan kanak-kanak takkan pernah sama, kecualilah kalau terencat akal... heheh.. Sepanjang 5 tahun di smkak, aku pernah sekali rasanya merasai kemeriahan ibadah qurban di sekolah.  Bukan tak balik raya, tapi, tahun tu cuti pendek sangat, cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti raya yang cuma sehari sahaja rasanya. Dua ekor lembu telah ditumbangkan.  So, aku dapatlah 1st time experience melapah daging lembu mentah. Dua perkara yang aku sedikit fobia kalau nak qurban binatang ialah; waktu sembelih dengan waktu lapah.. Waktu makan merupakan waktu kegemaran aku.. hehehh.. Seriously, aku tak boleh tengok lembu disembelih, bukan rasa kesian (orang kata kalau kesian tak boleh makan), tapi entahlah, ngeri rasanya bila tengok darah banyak2 meleleh rata. Orang kata jenis mabuk darah. Entahlah.. sebab itulah aku membatalkan hasrat untuk menjadi doktor suatu ketika dulu...chewahhh..! Hahaha..  mengaku je lah tak genius. Waktu student lain berkerumun nak tengok lembu disembelih, aku pula memalingkan muka ke celah bas (penyembelihan dibuat di bangsal bas). Teringin nak tengok, tapi ngeri pun ada.. Setelah tamat riwayat sang lembu, kulitnya terus disiat dan ditanggalkan menjadi seperti sebuah hamparan permaidani. Kemudian, tubuh lembu tadi dikendong ke tempat melapah. Mak aaii, berat gilerr aku rasa waktu sama2 kendong lembu tu ke tempat lapah. Di sinilah bermulanya kefobiaan aku yang kedua.
         
       Kebanyakan student diberikan pisau untuk melapah dan menghiris daging lembu qurban kepada hirisan kecil untuk diberi kepada dewan makan yang akan menyediakan juadah istimewa untuk kami nanti. Kami duduk dalam satu barisan yang saling menghadap dan mula menghiris daging mentah tersebut. Aku masih gagal menghakis kefobiaan dan dalam kekalutan tu, muncul seorang rakan yang agak nakal dan menyedari aku yang berlagak buat kerja. Lalu dilemparnya seketul besar daging mentah untuk aku hiris. Ahh..kacau.. Aku pun tak tahu apa jenisnya fobia ni, tapi sampai ke hari ni, jika diberi pilihan, aku takkan menyiang sebarang daging mentah atau ayam mentah sekalipun. Lebih baik disuruh membasuh ketulan daging atau ayam yang sudah dihiris daripada menyiangnya sendiri. Bukanlah aku mengada-ngada kerana jijik kekotoran,kuman dan sebagainya, tapi, setiap kali melapah atau memotong daging mentah, aku rasa seperti memotong daging sendiri jaa.. eee..ngeri..! Tapi, dalam ngeri2 tu, aku siapkan juga menghiris ketulan besar daging tersebut. Masih terbayang daging yang lembik, kenyal, berlemak dan berdarah itu kuhiris sehingga menjadi ketulan kecil sehingga pisau yang baru beli pun akhirnya dirasakan tumpul. Ah, bila adanya situasi mendesak, sesiapapun dengan terpaksanya boleh melakukan apa saja..! Serius, inilah kali pertama dalam hidup aku melapah daging mentah dan terima kasih SMKAK yang menghidangkan aku peluang yang sebegitu.
            Pada malamnya, kami sama-sama menikmati hidangan istimewa, yang kesemuanya berasaskan daging. Daging rebus cicah air asam, daging masak asam dan sup tulang pun ada..! Dapatlah rasa seorang seketul. Waktu makan, terbit rasa bangga kerana memakan daging yang aku hiris sendiri walaupun mustahil aku mengenali daging mana yang aku hiris..hahaha.. Itulah seba sedikit kemanisan menyambut aidiladha di SMKAK walaupun bukanlah pada hari raya pertama. Kini, peluang menyambut raya di perantauan tiba lagi apabila tempat aku study iaitu IPG Perlis mengadakan sambutan eiduladha pada 10 zulhijjah. Wah, memang betul2 raya kat perantauan..! Siap ada solat sunat eidul adha di surau dan aktiviti memasak daging korban. Tapi itulah aku, rumah dan family tetap menjadi pilihan utama. Kasihan mereka yang rumahnya jauh dan tak punya pilihan,selain beraya bersama rakan di kampus. So, aku ucapkan SALAM EIDUL ADHA buat semua yang membaca Tinta Malam. Pengorbanan itu suatu kemestian..!


Friday, November 4, 2011

Seni dan Sastera : Harta Menderhaka


Alhamdulillah, boleh jugak aku update Tinta Malam harini. Lama jugak tak merekacipta puisi dan harini, mendapat ilham ketika aku keluar untuk ke kedai, jam menunjukkan pukul empat petang dan dalam cuaca yang agak panas terik, aku melihat seorang warga emas yang hanya berbasikal tua, memakai baju melayu lusuh dan kopiah, sudah menuju ke masjid. Awalnya.. kadang-kadang,terasa malu pula pada mereka yang kurang kudratnya, berbasikal pula, tapi mampu menjejakkan kaki ke masjid lebih awal dari kita, muda mudi yang lengkap segala bagai, tapi gagal untuk berjemaah di masjid. 

Tuesday, November 1, 2011

My Games + My Review : Falling in Love with.....Cityville?!


[aku rasa font 14 comic sans terlalu besar,nak cuba font 11 tengok] Setiap hari, kalau aku ada di rumah, mesti gatal tangan nak main Cityville. Dah jadi macam ketagih minyak cap kapak daa.. kuat sungguh “nicotine” yang ada pada Cityville sehinggakan aku berasa tidak lengkap hari-hari yang kulalui tanpanya di sisi.. Wahh, macam novelis pulak. Harini, bersempena dengan aku memasuki Level 83, aku nak cerita sikit2 tentang Cityville nih. Ramai juga kawan-kawan yang bertanya itu dan ini kerana pada mereka, mungkin luarbiasa seorang lelaki dewasa macam aku masih bermain socialgame yang kelihatan “bodoh” seperti ni. Malah, lebih dasyat lagi member2 yang tak sayang mulut, mengatakan aku gila dan seumpamanya kerana tak pernah berenggang dengan cityville. Tidak tahukah mereka aku ini juga seorang player GTA bertaraf dunia, yang takkan pernah rasa bersalah untuk membunuh pada bila-bila masa sahaja... hahahaaa...
            Walaupun Cityville secara rasminya di-launch pada Disember 2010, tapi, sebagai “pelanggan setia” zynga iaitu developer bagi kebanyakan socialgames kat facebook, aku diberi keistimewaan untuk merasa cityville lebih awal dari tarikh pelancaran rasminya. Lebih kurang dua minggu awal apabila aku mendapat emel kebenaran khas untuk bermain cityville dari zynga. Wahh, terasa dihargai ketika itu. Bagi umum yang belum tahu apa itu Cityville? Cityville ialah socialgame, (freemium) iaitu pengguna boleh bermain secara percuma tanpa had, tetapi boleh memilih untuk melaburkan wang bagi mendapatkan bahan-bahan tertentu yang sedikit istimewa. Setakat ni, aku belum pernah membeli walaupun RM 0.10 topup zynga dari kedai Seven-E. Dari level 1 hingga 83, semuanya free. Cityville sebenarnya diilhamkan dari permainan SimCity yang pernah famous suatu ketika dulu. Cityville ni ialah permainan berbentuk pembinaan dan perancangan bandar dan di sini, sang pemain menjadi seorang datuk bandar yang genius, engineer yang kreatif, arkitek yang teliti serta businessman yang gigih..! Cityville bukanlah game hingusan sepertimana tanggapan sesetengah orang. Pada hari pelancarannya, Cityville telah berjaya menarik seramai 100,000 users dari seantero dunia. Dan, sebulan selepas pelancarannya, active users of cityville bertambah menjadi puluhan juta (lebih kurang 61 juta) dan sekaligus ini menenggelamkan rekod yang dipegang oleh Farmville, juga satu lagi socialgame yang dibangunkan oleh zynga. Mungkin di Malaysia, orang dewasa yang bermain game sebegini kelihatannya sungguh janggal, tapi, di luar negara sana, tidak..! Aku sendiri mempunyai rakan permainan dari merata negara, dan mereka kebanyakannya lebih tua dan ada juga yang sudah beranak-pinak. Aku pernah berchatting dengan seorang wanita warga UK (walaupun BI aku tunggang langgang) dan aku tidak menyangka bahawa dia sedang bermain cityville sambil menunggu makanan yang dimasaknya siap untuk hidangan keluarganya....! Awalnya aku berasa pelik juga, tapi lama-kelamaan, aku mula memahami bahawa orang-orang di sana mungkin stail berjiwa muda...heheh...
Biarlah aku nukilkan sedikit di sini mengapa aku jatuh cinta pada Cityville ni. Aku rasa sudah banyak kenangan, pahit manis bersama Cityville dan level 82 sudah layak dianggap senior dalam game ni. [asalnya, cityville dihadkan pada level 80, kemudian dinaikkan kepada 90 dan last aku tahu, level 125.. sekarang tak tau la ada wujud lagi ke tak limit tu] Ketika panamera dirasuk virus beberapa hari lepas, dan facebook aku yang berkelakuan gila, apa yang kubimbangi ialah cityville. Tak dapat dibayangkan jika tiba2 virus yang sememangnya tak punya perasaan itu me-reset cityville aku kembali ke level 1... Huaaaa...!!! Pada mulanya, ketika aku berseorangan di cityville kerana bermain atas special invitation oleh zynga, aku rasakan bosan dan sunyi. Coins pula terlalu sedikit dan akulah player paling miskin rasanya ketika itu. Lalu, satu demi satu bisnes kecil-kecilan dibuka di Cityville aku yang dinamakan Vice City bersempena nama kota dalam GTA Vice City. Pada masa itu, betapa sukarnya untuk aku melaksanakan mission2 dalam cityville kerana kekurangan coins dan neighbor. Mintak ini tak siapa peduli, mintak itu tak siapa hantar. Beberapa bulan terawal menyaksikan kawan2 facebook, kebanyakannya kawan lama dari SMKAK mula memberi perhatian kepada cityville. Aku mula berasa sedikit keseronokan dan kemeriahan di cityville. Malah, ada juga antara mereka yang levelnya lebih tinggi dari aku dan ini membuatkan aku lebih gigih untuk bersaing dengan mereka. Inilah naluri sejati seorang gamer, yang tak boleh duduk diam selagi ada orang yang lebih hebat dari mereka..!
vice city pada musim salji

               Betapa seriusnya aku menganyam “kerjaya” di cityville, sehinggakan aku akan budget berapa hari aku perlu tinggalkan cityville kerana berada di kampus dan aku akan letakkan setting yang bersesuaian agar tiada sebarang kerugian sepanjang aku meninggalkan cityville. Hampir lima bulan membina bandar impian yang dinamakan Vice City, aku sudah berada di ranking teratas dalam kalangan rakan2 yang kebanyakannya dari Malaysia dan aku kenali mereka. Ini disebabkan ramai telah “tumbang” di medan perjuangan mungkin kerana tawar hati atau jelous melihat aku yang kini berada jauh di hadapan..hahaha.. Pada level 60, aku mula menerima banyak friend request dari manusia2 asing yang bukan orang Malaysia. Di bawah request tersebut dicatatkan “cityville neighbor please”. Ah, terasa bangga pula. Aku kini mula menjadi perhatian dunia..! Chewahh.. Bermain bersama player dari luar negara menjadikan cityville bukan lagi suatu permainan yang main-main, tetapi lebih serius dan bersungguh-sungguh..! Adakalanya mereka tanpa segan silu akan menegur aku melalui chatbox di FB dan meminta aku menghantarkan itu dan ini kepada mereka bagi melancarkan operasi cityville mereka. Di sinilah aku mengenali serba sedikit latar belakang orang2 asing yang kebanyakannya mat saleh dan minah saleh yang tak tahu malu ini..Hahaha.. Ada di antara mereka yang mempunyai kerjaya sebenar yang berkaitan dengan cityville iaitu civil engineer. Fuhh, tabikla pada dia ni. Kerjanya serius tapi orangnya santai. Seperti yang kukatakan tadi, banyak di antara mereka yang sudah berumah tangga dan beranak pinak, tapi masih layan cityville. Serius, aku rasakan akulah player termuda tapi terhandal dalam kebanyakan  neighbor aku nih.. Hahaha...sekali lagi perasan .. Tapi termuda itu betul rasanya, tapi terhandal tu tidaklah..! Aku berada di ranking keempat antara puluhan neighbor di cityville aku. Bolehlah dibanggakan juga sebab hanya aku satu-satunya warga Malaysia yang berada pada top 10 dalam ranking cityville aku tuh.
antara projek mega di Vice City, bina jambatan
Mengapa jatuh cinta pada cityville? Aku pun tak dapat menghuraikan persoalan sejelasnya kerana cinta itu sesuatu yang misteri dan subjektif..! Apapun, cityville dapat membuatkan aku tersenyum kepuasan dan melupakan sebentar kekusutan dunia walaupun cityville aku sedikit semak dengan puluhan bangunan dan binaannya. Tetapi, itulah kesenian bagi aku. Dan kesenian yang aku lakarkan pada kanvas cityville memberiku sejuta kepuasan...bukan sejuta pilu macam lagu jiwang tu. Saat mata menatap warga Vice City yang sibuk dengan urusan mereka, belarak ke sana ke sini, dengan pakaian dan gaya tersendiri, aku jadi geramm... ohh, comelnya..! Bila ada sesuatu mission dan aku dapat menyelesaikannya dahulu berbanding dengan orang lain, aku rasakan itu juga suatu kepuasan yang yang menghadirkan kebanggaan. Apabila ini terjadi, kerapkali juga kawan-kawan yang mat2 saleh ni akan menyerbu aku melalui chatbox dan bertanyakan itu ini serta cara-cara untuk menyelesaikan mission tersebut. Ohh, aku jadi professor pula kepada mereka..! Malaysia boleh..!  Bangunan-bangunan pencakar langit serta mercu tanda terkenal (menara Eiffel) yang berdiri megah di Vice City menggambarkan ketekunan aku sebagai pemiliknya dan begitulah tingginya harapan untuk menjadi player yang disegani di arena cityville ini. Tapi, aku sedikit terkilan kerana tiada satupun mercu tanda yang melambangkan Malaysia, tanah airku. Malah, sebatang flag pole Malaysia pun tak disediakan oleh cityville, Dan, sedikit masa lagi, aku akan “merusuh” kepada zynga untuk memasukkan sedikit indentiti Malaysia ke dalam cityville... Siap la nanti..!
Eiffel Tower in progress..

Apa faedahnya bermain game sampai ketar kepala (bersungguh-sungguh) ? Tambahan pula game2 hingusan seperti cityville ini?! Mungkin inilah tanggapan umum masyarakat yang bencikan game2 seperti yang aku main ini. Macamlah semua perkara yang mereka lakukan itu berfaedah kesemuanya.. takkanlah seumur hidup mereka tak pernah melakukan yang sia-sia...? Hahaha.. mula dah la ni tazkirah aku..! Sejujurnya, aku memasang impian untuk menarik rakan2 bukan islam dari negara lain yang menjadi teman sepermainan di cityville ini untuk mendekati Islam, atau sekurang-kurangnya memperbetul tanggapan mereka yang sudah diresapi fahaman zionis laknatullah yang disemai subur dalam hati mereka iaitu berpegang bahawa orang Islam ini terrorist atau kejam dan seumpamanya. Tapi, kalaulah mereka menganggap aku ini Islam yang jahatnya seperti syaiton, mengapa mereka berani mendekati aku? Malah mereka yang terlebih dahulu meminta aku menjadi rakan mereka walaupun matlamatnya hanyalah untuk bermain cityville. Sapaan atau teguran ramah yang mereka mulakan melalui chatbox memberi peluang dan memudahkan aku untuk mendekati dan berkenal mesra dengan mereka. Mereka yang mulakan, dan kini aku perlu tentukan haluannya.  Biar mereka tahu dan faham, orang Islam bukanlah pengganas seperti ideology sampah pegangan mereka itu. Apa kaitannya cityville dengan Islam pula?! Memang tiada kaitan, tapi jalinan persahabatan antara aku dan mereka, walaupun pada dasarnya hanyalah rakan sepermainan, tapi di sinilah aku cuba “menanam” keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap player beragama Islam seperti aku. Bersungguh-sungguh,jujur, menepati janji, rajin, pemurah dan bantu membantu, adalah akhlak islamiyah yang kita semua tahu, dan kini aku terapkan apabila bermain cityville. 
The latest Vice City (31/10/11) Dalam proses mengISLAMkan nama bandar kesayanganku ini ..!
                 Aku yakin, 99% umum di luar sana akan mengatakan aku gila kerana menanam impian untuk berdakwah melalui permainan (cityville), tapi suka untuk aku nyatakan, setiap orang punya caranya yang tersendiri dan sekurang-kurangnya aku telah berusaha menanam keyakinan mereka dan cuba memesongkan ideology mereka yang hanya nampak negative pada Islam. Kadangkala, apabila mereka meminta sesuatu, aku katakan InsyaAllah dan aku cuba tunaikan permintaan mereka. Ini hanyalah sekecil kuman, tapi biarlah mereka nampak bahawa orang Islam ini bukanlah penipu dan pembohong sepertimana yang mereka sangka. Mungkin nanti jika aku sudah betul2 rapat dengan mereka, masa itulah aku akan memulakan langkah yang lebih serius. Sekarang, biarlah aku mantapkan pengisian diri sendiri yang masih daif dengan ilmu terlebih dahulu. InsyaAllah. Sekali lagi aku tegaskan, tidak salah dan tidak mustahil kita boleh berdakwah melalui permainan (cityville). Jika mereka berjaya dakwah kita melalui permainan juga (masih ingat 5 S, salah satunya Sport), apa salahnya kita juga gunakan metodologi yang sama..!

TM : Ada orang kata, buat apa main cityville, bukan dapat duit pun..! Sungguh, aku tak nafikan, selama bermain ni, satu sen pun aku tak pernah dapat income dari cityville. Satu ja aku nak kata, tak semua benda kita buat kerana nakkan duit, adakalanya kepuasan itu lebih mahal dari wang ringgit..! =)

           

My Experience : Virus “hi” mengamuk di FaceBook...! (Part 2)

Selesai sahaja mendownload installer KIS 2012, aku pun tak sabar2 lagi untuk menginstall dan memusnahkan virus2 celaka itu. Tapi, realitinya tak semudah perancangan. Lebih kurang pada 90% installation, komputer terpadam dengan sendirinya..! macam biasa, akan masuk ke safemode dengan sendirinya dan tak lama kemudian akan restart sekali lagi ke normal windows. GAGAL..! itulah kesimpulan cubaan aku untuk menginstall KIS bagi menentang virus. Aku pun cuba sekali lagi, tapi kali ni menggunakan antivirus yang lain pula, iaitu Comodo Security. Terus aku download installernya [free edition] dan install. Perkara yang sama juga berlaku. Hampir sahaja nak habis proses installnya, terus komputer padam..! safemode dan restart sekali lagi ke normal windows. Kali ni, sesuatu yang baru berlaku..! Naik popup kat bahagian kanan bawah skrin mengatakan lebih kurang begini “your comp is protected by comodo firewall”.. bila popup tu hilang, komp terus padam, restart sekali lagi. Aku semakin panic, belum sempat buat apapa dah restart. Kembali ke normal windows, dan popup tu naik lagi. Restart sendiri lagiiiiiiii...! 3-4 kali kejadian ni berulang dan akhirnya, aku mendapat ilham untuk memutuskan talian internet ke komp aku. Seperti semua sedia maklum, salah satu saluran pembiakan virus ialah internet..! So, aku cepat2 cabut kabel kuning belakang desktop yang menyambungkannya ke modem wifi. Alhamdulillah, strategi aku kali ni berjaya. Sindrom restart berulang kali berjaya dihentikan. 


Satu lagi petanda yang aku sangkakan “petanda baik” ialah kat notification area [bawah sebelah kanan desktop, berdekatan dengan icon line internet] terdapatnya icon comodo security menandakan antivirus comodo dah berjaya diinstall. Lalu aku pun klik kat situ dan bersedia untuk scan segala virus yang ada. Tapi, sesuatu yang menghampakan berlaku lagi. Virus ini lebih tangkas dan pantas lagi cerdas! Apabila icon comodo security di-klik, keluar satu pop-up mengatakan “comodo internet security operates under enhanced mode, no steps/decision needed from you” lbey kurang macam tu la ayatnya.. Ahhh, tidak syak lagi, virus tu telah menyekat semua program berunsurkan antivirus/firewall/security. Makin pening aku dibuatnya. Kalau antivirus dah tak boleh guna, bagaimana nak membunuh virus2 itu? Wah..! genius sungguh sang trojan ni, sehinggakan mengambil langkah awal yang sungguh di luar jangkaanku iaitu dengan menyekat sepenuhnya operasi segala perisian yang boleh mengancam nyawanya...!! Windows firewall dan security juga gagal di-enable kan.. semuanya error..! Aku buntu seketika. Aku cuba menyambung kabel internet dan serta merta komputer terpadam dan restart. Kabel internet dicabut semula.
           Apa yang terlintas di fikiranku saat ini ialah menghubungi rakan-rakan yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT.  Lalu aku pun mengambil lappy HP mini dan log in fb.. ajaibnya, hanya sekali log in sahaja aku berjaya sampai kepada home facebook. Berbeza dengan desktop yang diserang virus, yang meminta aku log in berkali-kali..! Pasti ini kerja virus itu..! Malangnya seorang pun rakan aku tak online dan aku hanya dapat send fb msg sahaja dan menanti dengan penuh harapan agar ada yang sudi reply. Sambil2 tu, aku melegakan tekanan dengan melayan fb dari netbook tersebut. Mujurlah bukan akaun fb aku yang bermasalah, tetapi itu semua berpunca dari virus yang merasuki Panamera..! Sementara itu, aku membiarkan desktop bersendirian tanpa disambung internet. Sengaja nak tengok samada akan restart sendiri atau tidak. Ternyata, sindrom restart sendiri berpunca dari dua perkara, meng-install antivirus dan menyambung kabel internet (yang ni terjadi lepas install comodo).. memang tak boleh sambung internet langsung dan aku pasti berpunca dari firewall comodo yang tidak “sekepala” dengan virus tersebut. Caranya untuk membolehkan desktop tersebut disambung semula ialah ; buang virus atau buang comodo security.. ternyata pilihan kedua lebih senang..! Dari sinilah tercetusnya satu lagi idea..! Serangan seterusnya dari aku..!
            Idea untuk menyambung internet kembali ke PC menyebabkan aku terfikir dua cara, iaitu uninstall comodo security, atau MENGHENTIKAN operasinya tanpa uninstall..! yeah..! this is the key for success..! kenapa aku tak terfikirkan tentang “msconfig”, iaitu satu program sedia ada dalam semua komputer windows. Program ni adalah untuk kita melihat senarai program yang sedang “running” dan melihat senarai program yang “running” sendiri waktu PC startup. Di sinilah terdapatnya kotak-kotak yang membolehkan kita “tick” atau benarkan program tersebut beroperasi atau sebaliknya. Dan...sebaik sahaja terpaparnya kotak msconfig, aku mengucap panjang bila membuka tab “services”.. terpapar senarai virus2 yang diprogramkan sedang “running” sesuka hatinya dalam PC aku..! Inilah dia puncanya..! Asasnya telah dikenalpasti, dan aku pun terus menghentikan operasinya serta merta...! Komputer minta restart dan sebaik sahaja kembali dari restart, aku cuba menyambung kabel internet.. Alhamdulillah, tidak ada lagi restart sendiri. Apalagi, aku pun cubalah log in fb, tetapi masih seperti tadi yang meminta log in selang seminit sekali. Ini tandanya virus masih bermaharajalela. Apa yang aku syaki sebagai virus dan hentikan melalui msconfig hanyalah sejemput dari gerombolan virus2 yang memang diketahui umum sifatnya yang bijak bersembunyi di merata-rata. Tapi, langkah yang diambil melalui msconfig merupakan langkah awal yang sangat penting bagi mencatur strategi seterusnya..! 



Tanpa bertangguh lagi, aku terus meng-install Kaspersky Internet Security buat kali yang kedua. Harap-harap kali ni tak gagal. Akhirnya KIS 2012 berjaya diinstall walaupun ada komponen yang gagal. Tetapi, KIS berjaya dioperasikan dan terus update. (ketika ini jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, 29/10/11) Punya la lama dia update sampai aku naik bosan menunggu. Waktu tengah update tu, program antivirus ni dah berjaya mengesan kehadiran Trojan dan berkali-kali popup menunjukkan lokasi persembunyian sang virus. Tapi, aku perlu bersabar menunggu proses update sehingga 100% dulu. Habis sahaja update, yeahhh ..! inilah saat yang kutunggu-tunggu..! Terus aku buat whole scan terhadap komputer aku dan pada ketika inilah aku menyaksikan sendiri deretan senarai virus2 yang merasuk urat saraf Panamera..! Ada yang boleh dis-infect dan ada yang terpaksa delete terus..! Ada juga yang dikuarantin. Padan muka..! Lama juga proses scan ni.. mungkin disebabkan saiz internal storage aku yang berjumlah 1tb (1000 GigaByte) itu. Aku pun tinggalkan komputer sendirian untuk di-scan sehinggalah terjaga semula pagi esoknya...
            Apabila celik sahaja biji mata, terus aku menuju melihat apa yang terpapar pada skrin. Mintak password maknanya whole scan sudah selesai dan komputer telah restart yang entah bilanya. Terus kuisikan password dan komputer kembali ke normal windows. Alhamdulillah. Aku sangka semuanya sudah berakhir, tetapi ada lagi yang aku terjumpa selepas itu. Licik sungguh sang virus ini, yang tidak mudah melepaskan mangsanya..! Tak semua komponen KIS dapat di-enablekan, terutamanya yang berkaitan dengan network atau internet. Bila nak di-enable, akan kluar popup mengatakan error dan sebagainya. Tak cukup dengan itu, windows firewall juga gagal dihidupkan. Situasi sebegini amat membahayakan jika menggunakan internet. Namun, aku cuba juga membuka google chrome dan terus mengklik fb yang aku telah bookmark kat atas chrome tu. Satu lagi masalah timbul, fb gagal dilayari sama sekali. Lantas, aku cuba membuka website lain. Anehnya, boleh pula dilayari seperti biasa. Ah, ini kacau..! Aku buka pula browser lain seperti IE dan FireFox. Juga sama..! Hanya laman FB yang gagal dibuka..! Ahh, aku tak dapat bayangkan jika FB aku digodam dan mungkin tidak wujud lagi angkara virus durjana. Terbayang di mata akaun fb aku yang berprofil gamer, susah payah aku bermain dan maintain game2 zynga, tiba-tiba sekelip mata dimusnahkan..! Ini tak boleh jadi...! Aku terus mencapai netbook dan cuba memasuki laman fb milikku. Fuhhh, selamat masih ada lagi. Maknanya di sini, laman fb hanya tak boleh diakses dari PC aku yang sudah terkena virus durjana itu. Satu lagi tambahan kerja yang perlu aku selesaikan iaitu memulihkan masalah connection ke server facebook.
 Sebelum memulihkan masalah fb tersebut, aku perlu memulihkan KIS 2012 terlebih dahulu yang sedikit cacat walaupun proses installnya berjaya dan ia telahpun berjasa menyekat sebahagian besar virus yang berselindung dalam folder2 panamera. Lalu aku pun mendownload sekali lagi intaller KIS2012 yang latest serta cuba menginstallnya. Kali pertama gagal dan kali kedua, selepas aku uninstall KIS2012 yang cacat itu, dan install semula menggunakan installer latest yang baru di-download, barulah KIS2012 dapat dioperasikan dengan sempurna. Semua komponennya kembali berfungsi dan aku tersenyum lebar tatkala melihat tanda “betul/right” terpampang sepanjang masa pada dashboard KIS2012 tersebut. Sekurang-kurangnya, ini sedikit meyakinkan aku bahawa PC aku, Panamera ini kini berada dalam keadaan stabil. Kiranya dah keluar ICU la tu. Sekali lagi aku cuba masuk ke laman fb, tetapi masih sperti tadi, untuk masuk ke log in page pun gagal sama sekali.. sepertinya fb tak wujud di dunia ni. Aku berkali kali pastikan URL fb tersebut adalah betul, tetapi keadaannya masih sama. Sekali lagi aaku berhempas pulas memulihkan ke-gelongan network yang sepertinya memblock laman fb.
            Perkara yang kusangkakan remeh ini sebenarnya rumit juga. Berpeluh aku menggoogle jawapan bagi masalah ini dari segenap pelosok internet. Daripada masalah proxy server,blockage,firewall sehinggalah memasuki bab2 programming dan memanipulasi data dalam system32. Daripada seorang ustaz, aku jadi jurutera IT pada pagi tersebut. Akhirnya, setelah sekian lama membaca dan meneliti dari forum2 di laman maya, aku menemui sesuatu dan di sini terdapat download link yang sepertinya me-reset setting berkaitan network pada system32. Selepas menginstall “benda” tersebut, komputer terus restart dan apabila kembali ke normal windows, aku terus membuka google chrome dan klik pada logo FB yang di-bookmark, jeng..jeng..jeng.. fb dah kembali pulih dan aku jangka peperangan bersama virus sudah berakhir..

KRONOLOGI SERANGAN
Terima link dari rakan fb – download fake flash player @ virus – PC kena attack – KIS2012 “ditelan” – gagal install/on sebarang jenis antivirus – PC restart sendiri berulang kali (tak boleh terima internet) – internet diputuskan – idea “msconfig” – berjaya install KIS2012 tetapi “cacat” – fb tak boleh masuk – reinstall KIS2012 latest – reset host kat system 32 – masalah setel.. 

TM : Terngiang-ngiang lagu “Standing in The Eyes of The World” saat berpecah peluh membaiki Panamera yang kerasukan J

Monday, October 31, 2011

Video Best : Peoples Are Awesome (1)


Manusia..adalah sebaik-baik ciptaan Yang Maha Esa..  Manusia boleh lakukan apa saja walaupun kadang-kadang nampaknya seperti mustahil pada akal. Kadang-kadang berbahaya, tapi manusia ini degil sifatnya. Nak buat jugak. Nak cuba jugak. Kerana dalam bahaya itu ada keseronokan dan kepuasan, bila berjaya menakluk yang bahaya..! Peoples are awesome..! Jom tonton video yang terrrbaeekkk nii.. 

Sunday, October 30, 2011

My Experience : Virus “hi” mengamuk di FaceBook...! [PART 1]


Tengah-tengah malam hujung minggu ni, aku tak sabar-sabar nak menconteng kat Tinta Malam tentang kejadian bersejarah yang menimpa aku dan Panamera malam semalam. Masih ingat Panamera? Itulah nama yang aku berikan kepada Desktop kesayanganku yang di-custom pada bulan Mac 2010. Kisah mencemaskan ini membuatkan aku tak tidur semalaman kerana berhempas pulas memulihkan sang panamera yang dijangkiti virus “hi” melalui chat kat FB...biarlah aku terangkan rentetan kejadian ini dan cara aku menanganinya... mungkin boleh jadi rujukan atau panduan di masa depan kepadaku seandainya perkara sebegini berulang lagi.. J
            Pada awalnya, tengah sedap aku bermain Cityville di fb, tiba-tiba “plup!” (bunyi orang hantar msg melalui chat”.. Seorang rakan dari SMKAK menghantar “hi” kepada aku... aku pun reply la sebab ingatkan member tu nak berchatting dgn aku.. lepas aku tulis 2-3 patah, aku tunggu... agak lama dia nak reply, then, “plup!” dia menghantar satu link dan dihujungnya terdapat smiley.. yang tu ja, tanpa ada apape description bawah link tu.. aku pun excited la.. so, aku click link tu... terus dia bawa aku kepada satu page (maaf, x sempat capture screen). Page ni sebijik macam laman youtube dan satu video terdapat pada page tersebut. Di sinilah kebijaksanaan virus yang berjaya memperdaya aku. Video yang dipaparkan tersebut mempunyai tajuk berkaitan nama kita seperti “Ustaz Amirul leading the....” dan di bawahnya terdapat beberapa komen dari orang yang kita kenali iaitu rakan dari fb kita. Tapi malangnya, video tersebut tak boleh dimainkan dan di tengah-tengah video tersebut, terdapat satu link yang minta di-klik untuk download latest flash player (macam yang ada kat youtube)... aku sedikit konfius sebenarnya apabila page virus itu mengatakan flash player aku x update sedangkan tiap2 hari aku main internet dan flash game kat fb.. tapi, disebabkan keinginan nak menonton video tersebut yang punya kaitan dengan diri kita, aku pun terus meng-klik link yang diberikan untuk mendownload latest flash player yang sebenarnya adalah VIRUSSSSS!!!! Di sinilah bermulanya cerita tak tidur malam....
            Sehabis sahaja mendownload file yang kononnya flash player installer, virus pun mula bertindak tanpa menunggu aku yang leka bermain facebook. [salah aku di sini ialah tidah meneliti sebetul-betulnya vendors/publisher] sebelum mendownload file tersebut dan ternyata, publishernya bukanlah Adobe Inc. yang memang trusted publisher, tetapi nama sesuatu yang aneh, kukira berbahasa rusia. Tengah aku melayan game kat FB, tiba-tiba Kaspersky Internet Security Full Version aku, [maksudnya bli mahal la tu, bukan free punya], terus popup amaran berwarna merah mengesan kehadiran Trojan dalam system32. Ada dua pilihan, samada nak restart now untuk completely remove atau restart later. [virus ni x boleh dis-infect] belum sempat aku mengklik salah satunya, komputer terus padam. Apalagi, aku pun menggelabah dan menyesal dengan apa yang aku lakukan.. baru terkenang cerita2 virus fb dan kini aku sudah “terkena”. Komp terus restart sendiri dan masuk ke safe mode. Sekejap ja, kemudian, restart balik dan masuk ke laman desktop seperti biasa. Aku pun rasa sedikit lega tanpa mengetahui bahawa virus itu sedang pesat membiak ke dalam segenap saraf Panamera..! Tiba-tiba aku menyedari bahawa “Kaspersky Desktop Gadget” yang sebelum ni akan memaparkan tanda “betul/right” tiba-tiba jadi kosong... yang ada hanya warna hijau. Aku pun klik kat notification area desktop and then... there are no more Kaspersky...! Aduhh, pening jadinya. Virus tu dah telan Kaspersky aku...!
                 Satu lagi effect semasa komp aku diserang virus Trojan ni ialah waktu aku online facebook, dalam seminit kemudian, kalau di-refresh, akan mintak log in semula. Bila dua tiga kali macam ni, aku mula naik rimas. Dalam masa yang sama, akan masuk notification mengatakan “an unrecognized device try to attempt your fb” lbey kurang macam tu la.. setiap kali ada notification ni, aku perlu log in semula [masa bila dia log out sendiri pun tak tau] dah la kena log in, pastu naik amaran mengatakan seperti ada orang cuba menceroboh fb kita dan diminta memilih antara dua samada “I don’t recognize” atau “ this is okay” . Kalau memilih I don’t recognize, password fb akan di-reset dan perlu memasukkan password baru.. kiranya pada malam kejadian, dua tiga kali jugakla aku tukar password fb sampai naik migraine..! Last2 aku klik “this is okay” dan masuk ke home facebook. Tapi tak lama, minta log-in semula.. sah, ini kerja virus. Kali ni apabila log in, terus dibawa ke page amaran berwarna merah yang mengatakan server fb dihalakan ke satu dangerous server yang sangat aneh namanya.. apalagi, aku pun, back to safety la..! Virus ni dah bermain gila dengan PC aku.. Apa yang terlintas di kepala otak aku waktu tu ialah mengembalikan semula Kaspersky aku yang dah ditelan sang virus dan menggunakannya untuk memusnahkan virus-virus tersebut. And the games begin... pertarungan yang aku jangkakan semudah ABC rupanya membawa kepada sebuah episode yang lebih rumit dan thrill.. semuanya bermula selepas sahaja aku siap mendownload installer KIS yang saiznya lebih kurang 72mb.. aku sambung part 2 yang mengisahkan pertarungan seorang aku yang tak punya apa2 kemahiran khusus dalam bidang IT, menentang sang Trojan yang bermaharajalela...!