Kisah kedua yang merupakan kisah terawal aku kat SMKAK iaitu waktu form 1 hari ke-2 masuk SMKAK. Pagi tu, buat pertama kali dalam hidup ni, aku bangun awal gilerr.. 5.30 pagi kalau tak silap. Then siap mandi semua, aku dengan kawan2 baru pun “belarak” la p surau SMKAK yang namanya Raudhatus Sakinah. Sedap kan? Letaknya lebih kurang 200m dari aspura. Buat pertama kali jugaklah dalam hidup ni dok main naik-turun tangga. Macam duduk flat pulak. Biasalaa, bilik aku kat atas sekali, dah tu hujung-hujung pulak tu. Dan buat pertama kali jugakla aku solat subuh ramai-ramai macam solat jumaat pulak rasanya dan ada tazkirah subuh yang mengingatkan aku kepada kem-kem yang pernah aku hadiri masa kat sekolah rendah dulu. Habis ja tazkirah, semua student baru akan bersarapan kat dewan makan yang letaknya di bawah asrama. (memangla ada student baru ja sebab minggu orientasi).. Berjalan la pulak ramai-ramai pi dewan makan. Sampai saja kat situ, aku tengok dia hidang mi goreng macam kat kantin tu. Susun banyak-banyak pastu ambik sendiri. Ni pun pertama kali jugak bagi aku. Berapa banyak “pertama kali” daa.. banyak benda jadi pertama kali sebab perkara2 kat asrama seriously totally different dari kehidupan aku kat rumah sebelum ni. Dulu kat rumah, aku memang tak makan pagi. Kalau makan pagi, sampai sekolah mesti keluaq balik.. yaqs.. just minum 1 mug air milo then kayuh beskal pegi sekolah rendah dulu. Pagi tu, kat SMKAK, aku dihidangkan mi goreng dan aku pun amek la sepinggan konon nak cuba la makan pagi. Pastu disediakan pulak cawan plastic warna warni untuk tadah air teh susu dalam tong air yang disediakan. Semuanya “self-service” tak macam kat rumah. Aku pun duduk la dengan member2 seperjuangan sambil tadah tangan baca doa makan. Fuh, alim tak payah kata la waktu form 1 tuuu.. Aku pun minum la air teh panas tu slow2. Nak makan macam mana, “camca” takda..kalau makan nasi tak pa la jugak. Huhu~ Tengah minum tu, aku nampak la orang lain dengan slumbernya makan mi goreng guna tangan. Mak aaaii... aku rasa pelik sebab tak pernah makan mi guna tangan. Pastu kawan aku tegor la awat tak makan. Aku tanya balik, “mana camcanya?”.. haha.. diorang gelak kat aku. Last2 aku cuba jugak makan guna tangan. Awal tu rasa geli semacam ja. Aduhhh, apala nasib..dahla first time nak makan pagi, dahtu kena makan mi goreng pakai tangan la pulak.. haha.. inilah satu pelajaran yang aku dapat kat SMKAK. Sampai ke hari ni, aku still boleh bersarapan awal pagi dan lebih suka makan mi guna tangan...!
Saturday, June 4, 2011
De’ SMKAK : Mana “Camcanya” ?
My Experience : Laman Sosial dan Diriku (Part 1)

Thursday, June 2, 2011
Seni dan Sastera : Diriku Seorang Rider
Terimalah sajak yang aku buat sendiri...huhu~
Diriku seorang rider,
Menunggang kuda bertayar dua,
Ke sana ke sini mengitari buana,
Bersatu dengan alam...mesra..
Aku sudah biasa begini,
Disengat bahang mentari siang,
Disimbah lembutnya gerimis petang,
Ditampar kedinginan sang angin malam,
Adakalanya diamuk badai sang ribut...
Itulah lumrah seorang rider,
Bermesra dengan alam..
Hadapi apa yang di hadapan,
Dengan disiplin dan kemahiran,
Harus ada kecekalan dan keberanian,
Diiringi doa kepada tuhan,
Destinasi yang seakan tak kesampaian,
Kini dalam genggaman seorang rider..!
My Review : Helmet X-Dot G626A-KF


Jom Santai : Materialistik !!!

Amir tampak kebingungan, sambil memecut laju BM 7 series nya... dia pun tiba di perkarangan rumahnya.. Rumahtangganya sedang bergolak.....!! Isterinya mahu meninggalkannya..... melupakan mahligai indah yg mereka bina sekian lamanya............. Bukannya si Amir ni main kayu 3, kayu 4,5 6 atau pun konda kondi....malah tiada pon org ketiga yg terlibat dlm perpisahan ini... Tapi yg tak tahan nya si Safirah terhadap suaminya ini, adelah kerana dia terlalu materealistik... !! Semua bende nak diberkirakan..... Hidup mewah tapi kemut.. sestandard habih dgn si haji bakhil!!!
Amir : Safirah...ko nak kemana ni??? Jgn ko nak derhaka dgn suami
!!!!!! tempik si amir..
Safirah : Saya nak meninggalkan abg!!! Tak tahan saya dgn perangai abg
yg terlalu Materialistik!!
Amir : Abih Beg-Beg tu...Yg ko pakai tu...Crocodile, Samsonite
tu semua aku beli hasil titik peluh aku tau....!!
Safirah : Tapi....
Amir : Tak da tapi-tapi....Kau nak tinggalkan aku...jgn bawak beg beg
kepunyaan aku ini..Pegilah ko selai spinggang!!
Safirah : Abg ni Kejam...Tak mengenang budi..sell....
Amir mencelah...
Amir : Oh tak mengenang budi...!!! Hoi Safirah, cuba ko ingat balik
masa ko eksiden dulu....ni hah darah yg mengalir kat dalam
tubuh aku ni hah yg jadik.. .... penyelamat dikala nyawa kau
tenat...Skarang kau nak tuduh aku tak mengenang budi!!
Safirah : Abih nak saya bayar balik hutang darah abg lah ni...??
Amir : Kalau itu hakikatnya!!.......Kau tak payah nak tunjuk keras...ko
tak da apa...harta, bende...nak bayr balik semua yg aku berikan
pada kau selama ini...
Air mata Safirah mengalir laju..membasahi pipinya yg berjerawat itu!! Safirah tak berfikir panjang setelah didera secara batiniah.... dia pun mula membuka segala pakain yg sedang dipakainya...
Safirah : Baik !!!!! Saya akan Keluar dari rumah ni tanpa seurat
benang...(Sambil mbuka Baju Kurungnya).. Nah (sambil
mencampak ke arah Amir) amik balik Baju Kurung Den Wahab
yg awak belikan Raya dulu!!!!
Amir tersentak !!! Safirah cuma tinggal bercoli dan sluar dalam
saja......Jiran tetangga mula mengambil perhatian..
Safirah : Nah !! (sambil Mengambil sesuatu dari dalam seluar dalam nya) Ambik Ni !!!!!!!
Si Safirah mencampakkan Tuala Wanitanya yg dipenuhi darah itu kpd si
Amir...
Amir : Eii..iiii..Apa ni ..Peng... Belum Sempat amir mengahabiskan ayatnya....
Safirah : TU!!! BAYAR BALIK HUTANG DARAH AWAK....SAYA BAYAR SECARA INSTALLMENT !!!
THE END!!
*** moral of the story :
- janganlah berkira sangat...kita kan hidup berkeluarga ...tolak ansur lah sikit..duit kita boleh cari...tapi,isteri yg baik tiada pengganti
Jom Muhasabah : 4 Golongan Lelaki yang Akan Ditarik oleh Perempuan ke Dalam Neraka
4 Golongan Lelaki
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.
Wednesday, June 1, 2011
De’ SMKAK : Dia Yang Tak Kukenali

Entri pertama sebagai “merasmikan” kategori post yang baru iaitu De’ SMKAK. Post2 kat sini adalah berkisarkan “dunia” aku sebagai pelajar di sebuah sekolah agama di Mergong,Kedah start dari tahun 2003 hingga 2007. Sebelum ni tak teringat pulak nak tulis tapi sayang juga kalau dibiarkan cerita2 yang penuh kenangan tu diperam saja dalam otak nih. So, tempat yang sesuai untuk aku putarkan kembali segala kenangan tu ialah dalam blog ni lah. Mungkin 10 tahun akan datang, aku still boleh selak2 dan baca balik apa yang aku tulis nih...huhu..whats a memories...!
SMKAK, suatu nama yang pernah aku dengar, tapi langsung tak pernah kukenali wajahnya. Almaklumlah, aku tinggal di “oversea” a.k.a Langkawi permata Kedah..hehew.. Aku masih ingat, sewaktu aku dalam darjah enam, aku selalu pergi mengaji quran kat rumah jiranku then dia selalu tanya aku nak sambung sekolah menengah kat mana pasni. Waktu tu laa first time aku dengaq nama “Sekolah Agama Mergong” nih. Melalui cerita guru mengaji aku tu, memang sangat masyhurla SMKAK nih. Segalanya bermula apabila aku abes ja exam UPSR, sibukla cikgu2 dok bagi borang2 permohonan ke sekolah menengah kat selection student cam aku...chewahhh..haha..besalaa, skolah kampung masa tu, tak ramai yang menonjol dalam akademik ni. Walaupun pandai sikit2 ja macam aku nih, dah boleh jadi menonjol sebabnya sekolah kat kampung.. Apa borang yang cikgu bagi, aku gasak isi semua. Satu pagi, dalam masa cuti lepas aku habis sekolah rendah (habis UPSR), cikgu math aku, Cikgu Azman mai ketuk pintu rumah. Dia bagi envelop koko besaqq punya kat aku. Takdan aku nak buka, dia cakap “hang kena p sekolah ni...rugi tak pi...kalau depa tak bagi asrama, hang bawa khemah tidoq kat luaq pagaq...lama2 depa bagi laaa”... Rupa2nya, itulah permulaan segalanya. Surat tawaran rasmi dari SMKAK yang aku terima pagi tu mencorakkan kehidupanku selepas ini. Masa hanya tinggal lebih kurang seminggu untuk prepare apa yang patut untuk aku “berpindah” dari bumi Mahsuri ke sebuah tempat yang asing,yang tak pernah kulihat rupanya,iaitu SMKAK...!
Petang sebelum hari pendaftaran, aku dibawa oleh family membuat “lintasan hormat” depan SMKAK buat julung kalinya dalam hidup aku. Mak aaaiii, besaq jugak sekolah ni. Bangunan baru pulak tu (bangunan baru pentadbiran boleh nampak dari jalan, yang legend2 dok terceruk sikit) hahaha... Itulah impresi pertama aku sewaktu melintasi jalan depan SMKAK. Sedikit terbit rasa bangga dan pastinya aku terkenang cerita guru mengaji bahawa SMKAK adalah satu sekolah yang femes..ahakz...! Esoknya hari pendaftaran kat dewan besaq. Habis ja daftar, aku diiringi family masuk ke asrama dan masih kukuh di ingatan, kamar pertama aku masa Form 1 ialah Dedikasi, yang letaknya berhampiran tandas di tingkat 3 asrama. Setelah berkemas ala kadar, tibalah masa perpisahan. Famili aku takleh tunggu macam mak pak orang lain, almaklumlah, japgi nak balik naik feri, kang tiket abis susah pulak. (masa ni aku tak kenal lagi member2 selangkawi)..Setelah berpesan itu ini, smbil melambai tangan, terbit juga rasa sebak dan sunyi lain macam kat diri aku. Ish, sentimental jugak aku ni rupanya. Besalaa, sebelum ni duduk ngan family, kali ni kena pandai2 la sorang diri. Masa tu, kawan pun tak berapa ada lagi. Ondaway nak balik bilik, aku terserempak dengan salah sorang member yang satu sekolah rendah ngan aku. Syukurrr, ada jugak orang yang aku kenai dok sini. Taklah rasa canggung sangat. AKu ni jenis pendiam dan pemalu.huhu~ Introvert orang kata. So, payah la sikit nak ada kawan baru nih. Apapun itulah ceritanya perubahan kehidupan aku dari rumahku ke sebuah tempat yang tak kukenali sebelumnya, yang telah banyak mempengaruhi kehidupan aku lepas tu...huhu~
